Penunggang degil lalui jalan baru diturap dikejar pekerja pembinaan [VIDEO]

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan beberapa pekerja pembinaan mengejar seorang penunggang motosikal kerana melalui jalan yang masih belum kering, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video itu dimuat naik ke dalam akaun Instagram @terang_media.

Seorang lelaki berbaju biru dan memakai pelitup muka dilihat menunggang motosikal melalui jalan yang masih dalam pembinaan.



Dia kelihatan cuba mengundurkan motosikalnya apabila ia tersangkut dalam bancuhan jalan yang masih belum kering.

Jalan itu dipenuhi kesan tayar dan kasut setelah dilalui lelaki terbabit.

https://www.instagram.com/reel/CvbFyXPpJRc/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Beberapa saat kemudian, beberapa pekerja pembinaan mengamuk dan mengejar lelaki tersebut sambil menjerit ke arahnya.



Salah seorang daripada mereka kelihatan membawa kayu dan penyodok untuk meratakan semula bancuhan jalan yang tidak rata.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya hairan dengan mereka yang tetap mahu melalui jalan seperti itu. Adakah mereka tidak nampak dan tidak dapat rasa yang jalan dilalui itu masih lembut,” komen seorang netizen. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen



Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG



Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker