Remaja ketagih main ‘game’ tendang ibu selepas telefon dirampas

Ahmad Iqbal dan Sheila.

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menyerang ibunya di stesen kereta api bawah tanah di China selepas telefon pintarnya dirampas wanita itu, lapor laman berita South China Morning Post semalam.

Kejadian yang dirakam pada 18 Julai lalu itu mencetuskan kemarahan orang ramai dan tular selepas dimuat naik di media sosial.

Berdasarkan rakaman tersebut, remaja lelaki yang dikatakan ketagih bermain permainan video itu dilihat berdiri di hadapan lif bersama ibu dan adik lelakinya di samping bagasi mereka.

Remaja itu secara tiba-tiba mencekik leher ibunya dan menolak wanita itu ke dinding.

“Ibu, ibu, ibu,” jerit adik lelakinya seperti didengari dalam video tersebut.

Dia cuba menyelamatkan ibunya dengan menghampiri mangsa dan cuba menarik tangan abangnya. Si ibu cuba melawan tetapi dia bergelut untuk menyelamatkan diri.

Apabila seorang pekerja stesen kereta api tiba di lokasi kejadian, remaja tersebut menendang dan menolak ibunya.

Pekerja itu menarik remaja tersebut dan menyuruhnya bertenang sebelum dia berlari mendapatkan pertolongan. Bagaimanapun, remaja itu terus menyerang ibunya.

“Berikan telefon saya semula,” kata remaja itu sambil memegang lengan ibunya.

Wanita itu terus mengeluarkan telefon bimbit dan menghempasnya ke lantai. Belum sempat dia ditendang buat kali kedua, pekerja stesen kereta api tiba dan cuba menahan si anak.

Pergelutan itu berakhir apabila seorang pegawai polis tiba di lokasi kejadian. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker