Pas suka jika Muhyiddin ‘bunuh’ UMNO

Pas suka jika Muhyiddin ‘bunuh’ UMNO

Pas sebenarnya membuka pekung didada apabila menuduh UMNO akan mengkhianati kawan apabila ia semakin berkuasa.

Ini kerana, Pas adalah parti politik yang paling banyak melakukan perceraian politik, dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

“Kalau kahwin politik dengan Pas, mesti berakhir dengan perceraian.

“Pas tinggalkan Semangat 46, Pakatan Rakyat dan DAP.

“Pas main dua lawang. Mereka tanda tangan piagam Muafakat Nasional dengan UMNO. Dalam masa sama mereka menyertai PN. Maka siapa khianat siapa?,” soal Puad.

Beliau membidas amaran Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Mat di Seremban baru-baru ini yang mendakwa UMNO akan mengkhianati kawannya apabila parti itu semakin berkuasa sambil memberi contoh penarikan sokongan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak.

“UMNO dia tak boleh menang, kalau dia menang, dia naik tocang. Bila rasa kuat, dia mula tendang kawan. Di Perak dia tarik sokongan, undi tak percaya pada Peja (Ahmad Faizal) daripada Bersatu, akhirnya tukar (menteri besar) kepada UMNO.

“Di Persekutuan, tarik sokongan pada Muhyiddin Yassin, padahal kita duduk dalam Kabinet sama, bincang sama-sama. Waktu susah kita hadapi (bersama), bila senang 15 orang (ahli Parlimen) tarik sokongan pada Muhyiddin,” kata Tuan Ibrahim ketika Ceramah Perdana Gelombang Nismilan Kito Ubah.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mendakwa, Pas menjadi satu-satunya parti yang membantu walaupun pernah mengecam UMNO.

Mengulas dakwaan Tuan Ibrahim itu, Puad berkata: ” Dia kata UMNO jatuhkan Peja untuk jawatan MB. Tidakkah Pas terlibat?

“Kenapa tidak sentuh Kedah. Mukriz jatuh dan Pas dapat jawatan MB.

Jelas Puad, Timbalan Presiden Pas itu mengecam UMNO kerana tarik sokongan terhadap Muhyiddin tetapi Pas suka jika bekas perdana menteri itu bunuh UMNO.

Ini kerana Pas akan jadi parti Melayu tunggal.

“Ada udang di sebalik batu,” ujarnya. MG

Pas suka jika Muhyiddin ‘bunuh’ UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker