Guru hampir buta kena lastik kerana tegur pelajar merokok

Guru hampir buta kena lastik kerana tegur pelajar merokok

BENGKULU: Seorang guru di Rejang Lebong nyaris kehilangan mata kanannya kerana dilastik bapa seorang pelajar dalam satu kejadian, kelmarin.

Zaharman, 58, turut diancam dengan senjata oleh bapa pelajar tersebut.



Insiden itu berlaku selepas bapa tersebut tidak menerima anaknya ditegur oleh Zaharman kerana merokok di belakang sekolah ketika waktu pembelajaran.

Biarpun menjadi mangsa, Zaharman juga disiasat polis selepas pelajar tersebut membuat laporan polis mendakwa guru itu melakukan kekerasan terhadapnya.

Jurucakap polis Rejang Lebong, Denyfita Mochtar mengesahkan perkara berkenaan.

“Pelajar itu mendakwa Zaharman menendangnya di bahagian muka sebelah kiri.



“Pelajar itu turut membawa laporan perubatan mengenai kecederaan pada bahagiam pipinya.

Pelajar itu menegaskan dia tidak merokok seperti yang didakwa guru berkenaan,” kata Denyfita.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, polis masih mengumpul semua bukti bagi membolehkan pendakwaan dibuat. Utusan

Guru hampir buta kena lastik kerana tegur pelajar merokok



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen



Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG



Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker