Tular lelaki bergaduh guna batang besi, tali pinggang

Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan dua orang lelaki sedang bergaduh di tempat letak kereta tular di media sosial hari ini.

Menerusi video berdurasi satu minit 27 saat yang dikongsi di Facebook Page Dashcam CCTV Malaysia itu, kelihatan dua orang lelaki bergaduh menggunakan batang besi dan tali pinggang untuk mempertahankan diri masing-masing.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Taman Danau Desa, Kuala Lumpur, bagaimanapun punca kejadian tidak diketahui.

Melalui rakaman itu juga kedengaran suara perakam video tersebut mengarahkan mereka berhenti bergaduh selain meminta pertolongan tiga orang lelaki yang berada berhampiran kawasan itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan beberapa individu yang dilihat berada di lokasi tersebut tetapi tidak menghalang pergaduhan itu.

“Santai betul yang duduk tepi tu, betul-betul tak nampak, nak keluar anak tekak kakak tu minta tolong,” kata Duak.

“Tak lama lagi mesti kena cekup. Masa itu alasan apa dia nak bagi?,” kata Ijal.

“Macam budak-budak zaman 80-an gaduh dekag taman permainan. Dah tua-tua pun masih nak bergaduh, bawa bincang sudahlah,” kata Nazatul.

“Yang ada dekat situ pun tengok saja, ingat filem ke apa?,” kata Nizam.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 11,000 kali

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker