Amaran PAS untuk PAS

Amaran PAS untuk PAS

Oleh Mohsin Abdullah

Pada 27 Julai lalu PAS sekali lagi mengeluarkan peringatan kepada semua ahli agar beri komitmen penuh supaya calon Perikatan Nasional menang dalam enam pilihan raya negeri 12 Ogos ini. Kata Takiyuddin Hassan, setiausaha agung PAS menerusi kenyataan rasmi, arahan yang dikeluarkan pemimpin parti khususnya jabatan pilihan raya mesti dipatuhi.



Itu peringatan sekurang kurang kali ketiga yang dikeluarkan PAS selepas amaran tegas disuarakan Presiden Hadi Awang dan timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man beberapa hari sebelumnya. Takiyuddin juga menegaskan PAS melarang ahli membuat kenyataan umum berkaitan urusan parti dan soal pemilihan calon PRN.

Hadi menegaskan ahli PAS yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat. Manakala Tuan Ibrahim berkata ahli PAS tidak seharusnya menentang keputusan parti, sama ada pihak yang mereka sokong dipilih sebagai calon PRN. Lalu beliau mengingatkan ahli agar wala’ kepada keputusan parti dan tidak melawan arahan.

Saya agak musykil amaran seperti itu dikeluarkan kepimpinan tertinggi parti, sebab selama ini ahli PAS dikenali atau didakwa amat wala’. Malah PAS berbangga dan kerap menghebahkan kepada khalayak betapa wala’ mereka kepada presiden dan parti.

Pernah diperjelaskan apa bezanya antara wala’ dan taat, kerana menurut PAS interpretasi yang salah tentang wala’ telah menyebabkan dipandang negatif. Untuk memendekkan cerita, PAS kata “wala’ itu ‘akidah’, taat itu ‘syariah’.”



Oleh kerana ahli PAS semuanya dikatakan wala’, setia, patuh, dan akur, mengapa perlunya dikeluarkan arahan dan peringatan sekarang? Adakah ahli PAS atau ada dalam kalangan mereka sudah tidak wala’? Lebih memeranjatkan, Tuan Ibrahim beri amaran bukan sahaja kepada ahli biasa tetapi juga pemimpin parti. Adakah ini bermakna ada pemimpin yang tidak wala’, atau Tuan Ibrahim dapat maklumat ada dalam kalangan pemimpin yang sudah tidak sewala’ dahulu?

Maka, apabila peringatan dan amaran mesti dikeluarkan ertinya kepimpinan tertinggi ragu-ragu akan wala’ para ahli? Atau PAS tidak mahu ambil risiko dan do not want to take things for granted. Begitu?

Bagi saya PAS tidak mahu take things for granted sudah terserlah apabila ia memperkenalkan apa yang dipanggil sumpah bai’ah, yang antara kandungan yang dimasukkan sebelum ini ialah ia boleh menggugurkan talak ke atas isteri. Sumpah berkenaan ‘diwajibkan’ ke atas wakil rakyat PAS untuk memastikan mereka tidak lompat parti.

Bolehlah dikata ini anti hopping law versi PAS. Mahfodz Mohamad semasa memegang jawatan ketua Dewan Ulama PAS pernah dilapor berkata pada 10 Feb 2018 bahawa sumpah bai’ah yang diamalkan PAS sejak sekian lama bukan sesuatu yang ekstrem. Sebaliknya menurut beliau ia satu mekanisme dan pendekatan diamalkan sejak zaman Rasullah dan cara terbaik untuk menjaga parti daripada tawaran musuh yang mahu mengumpan wakil rakyatnya melompat parti. Ada pihak melihat itu sekadar interpretasi PAS.



Ajaran, amalan agama atau bukan waullahualam. Namun pada hemat saya PAS realistik kerana walaupun wakil rakyatnya diuar-uarkan sebagai ‘agamawan’, manusia tetap manusia dan terdedah kepada bermacam dugaan dan cubaan, lantas boleh tewas dengan nafsu.

“Secara umumnya sumpah bai’ah bermakna kita memberi ketaatan dan wala’ kepada parti. Sekiranya melanggar bai’ah itu maka ‘secara umumnya’ Allah akan melaknat orang yang berbai’ah itu,” kata beliau seperti dilapor Berita Harian.

Itu ‘secara umum’. Namun seperi dikatakan tadi kandungan yang dimasukkan PAS ke dalam sumpah bai’ah mereka membabitkan perceraian suami isteri jika baiah dilanggar. Bagaimanapun menurut Mahfodz pada Februari 2018, PAS dijangka menggugurkan sumpah bai’ah talak tiga yang perlu dilafaz calon parti. Kata beliau kandungan sumpah akan diselaraskan bagi setiap negeri dan dijangka tidak lagi menyentuh perceraian.

Ini berikutan kesetiaan dan kekuatan parti semakin kukuh, kata Mahfodz. Itu bercakap khusus mengenai wakil rakyat PAS dan PRU14. Tidak tahu apa-apa perkembangannya. Sumpah bai’ah pun sudah tidak banyak diperkatakan. Tidak pasti sama ada ia masih diamalkan oleh PAS dalam bentuk baharu atau sudah ditiadakan.



Bercakap mengenai enam PRN yang bakal menjelma, jelas lain ceritanya. Yang kita tahu ada ahli parti yang tidak puas hati berkait calon pilihan PAS, atau pilihan Perikatan Nasional tetapi direstui PAS. Oleh itu, kita tahu ada dua orang PAS yang bertanding sebagai calon bebas di Kedah.

Di Pulau Pinang, PAS dilihat terus tidak beri kerjasama kepada presiden Gerakan Dominic Lau meskipun diarah pimpinan tertinggi parti berbuat demikian. Gerakan komponen Perikatan Nasional dan Lau calon PN untuk DUN Bayan Lepas yang diidamkan orang PAS tempatan.

Baru-baru ini Lau diberitakan dihalau oleh orang PAS daripada tapak ceramah PN. Beliau bagaimanapun menafikan tetapi mengakui tidak kesempatan bertemu Hadi di situ.

Jelas amaran Hadi, Tuan Ibrahim, dan Takiyuddin dituju kepada gologan yang tidak puas hati. Melihat apa yang diterjadi pada Lau di Pulau Pinang dan calon bebas di Kedah, amaran kepimpian tertinggi tidak dipeduli malah diabaikan terus.



Ertinya dalam kalangan PAS wala’ sudah tidak menjadi pegangan? Atau ada cerita di sebalik cerita? FMT

Amaran PAS untuk PAS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker