Rakyat Sabah Sarawak tolak PAS, pengundi semenanjung perlu contohi kami

Pemimpin veteran Umno, Abdul Rahman Dahlan mahu pengundi di Semenanjung Malaysia supaya mencontohi rakyat di Sabah dan Sarawak yang menolak PAS.

Berucap di hadapan lebih 300 hadirin pada majlis Kita Selangor Arus Merah Kuning, DUN Dengkil, malam tadi, bekas ahli parlimen Kota Belud meminta rakyat khususnya menjelang pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini agar tidak terpedaya dengan helah politik PAS

“PAS bukan parti Islam namun parti politik kerana banyak main rasuah tanpa kita tahu (sedari).



“PAS merupakan parti rasuah politik yang terbaik kerana menjanjikan sesiapa yang menyokong PAS akan masuk ke syurga.

“Di Sabah dan Sarawak kami tidak boleh terima PAS dan Bersatu kerana parti itu hanya membawa agama dan kaum. Kami di sana tidak seperti yang mereka katakan.

“Kami di sana bersatu dalam membuat keputusan untuk memilih kerajaan di mana kerajaan yang tidak mengabaikan kami,” katanya di ceramah di Dataran Sadiman, Bukit Changgang, Banting.

Abdul Rahman berkata, walaupun Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda, terdapat empat perkara yang akan kekal selama-lamanya, sekali gus menjadikan kebimbangan Perikatan Nasional dipertikaikan.



“Ada empat perkara tidak boleh diubah iaitu agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia, bahasa Melayu sebagai bangsa kebangsaan, hak Raja-Raja Melayu dan kedudukan hak dan istimewa orang Melayu, Orang Asli dan Bumiputera Sarawak dan Sabah,” katanya.

Di sebalik hakikat itu, kata Abdul Rahman, PN masih tertumpu kepada isu-isu berkaitan kaum dan agama kerana ia adalah satu-satunya senjata mereka untuk menggugat kerajaan persekutuan sekarang.

“Penduduk di Sabah tiada Raja dan kami tiada kaum tetapi kami ada agama Islam,” katanya.

Bekas menteri itu berkata, rakyat Sabah dan Sarawak akan tetap bersama kerajaan hari ini yang diketuai oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



Justeru, dia mengingatkan rakyat di enam negeri yang akan mengundi hujung minggu ini untuk memilih kerajaan yang stabil.

“Pembangkang hanya memainkan isu kaum dan agama kerana mahu menjatuhkan kerajaan sekarang,” katanya lagi.

Hadir bersama pada majlis itu, ialah menteri besar sementara Selangor Amiruddin Shari dan calon PH DUN Dengkil, Noorazli Said.

Kerusi Dengkil secara konsisten adalah milik BN sehingga 2018, apabila ia dirampas oleh Adhif Syan Abdullah dari Bersatu.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai



Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’



Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker