Untuk Azmin, kita hantar pemimpin wanita sahaja lawan dia – Anwar

Untuk Azmin, kita hantar pemimpin wanita sahaja lawan dia – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau sendiri secara peribadi memilih Juwairiya Zulkifli sebagai calon pilihan Pakatan Harapan (PH) bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang lawan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, beliau memilih Juwairiya kerana merasakan tokoh wanita mampu memberikan saingan cukup sengit buat Azmin Ali.



“Kat Azmin ini, kita hantar pemimpin wanita sahaja, tempat ini kita kena menang. Kita letak tokoh yang mudah patahkan Azmin.

“Pengundi di Selangor terutamanya di Hulu Kelang menolak pemimpin khianat yang diibaratkan bersikap seperti Raja Mendeliar dan Si Kitol. Sepanjang menjadi Menteri, dia (Azmin) asyik membuat plot jatuhkan kerajaan dengan Tun Mahathir supaya beliau kekal jadi PM dan Azmin jadi Timbalan Perdana Menteri.

“Sekali semua sudah tidak ada. Ahli Parlimen pun terlepas sekarang mahu menjadi Menteri Besar pula,” katanya pada Ceramah Umum di Taman Permata di sini.

Anwar juga sempat mengimbau sejarah terpalit dua watak pembelot itu dalam sejarah Melayu ada bukti menunjukkan individu berperangai sedemikian ditentang keras pada zaman dahulu.



“Orang Cina, India, Arab, Melayu… boleh layan orang khianat? Kalau kita baca sejarah Melayu, orang khianat itu dua namanya iaitu Raja Mendeliar dan Si Kitol. Si Kitol oleh kerana khianat, Sultan Melaka hukum sula terhadap dia.

“Tahu sula macam mana? Dia cucuk dengan buluh dari bawah sampai ke atas. Sekarang jangan buat macam tu, saya cuma nak cerita sebab ini sejarah,” ujarnya.

Kata Anwar lagi, masyarakat di Hulu Kelang perlu menolak kehadiran Azmin yang dianggap telah khianat melalui ‘Langkah Sheraton’ dilakukan olehnya sehingga kerajaan PH pada 2020 jatuh.

“Saya tidak mahu janji lebih-lebih ketika musim pilihan raya, jika Juwariya diberikan mandat saya akan berikan beliau terus ke pejabat Perdana Menteri untuk selesaikan isu-isu penduduk Hulu Kelang,” ujarnya. MG



Untuk Azmin, kita hantar pemimpin wanita sahaja lawan dia – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan



Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland



“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker