Penyokong tegar Pas beri sokongan kepada Cikgu Mi di Dun Melor

Penyokong tegar Pas beri sokongan kepada Cikgu Mi di Dun Melor

MELOR – Ketika sekumpulan pimpinan dan ahli UMNO Bahagian Ketereh keluar parti untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) dan bersama Pas, masih ada yang menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) DUN Melor, Azmi Ishak.

Zaleha Talib, 58, antara penyokong tegar Pas dari Kampung Tegayong dekat sini, tampil menyatakan hasrat hatinya untuk memastikan Azmi yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mi, menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.



Beliau menyatakan sokongan itu dalam satu perjumpaan tidak rasmi di Kampung Aril semalam, ketika Cikgu Mi sedang sibuk berkempen program ziarah.

“Makcik dah banyak kali undi calon Pas setiap kali pilihan raya. Kali ini makcik nak sokong Cikgu Mi dari Barisan Nasional pula.

“Cikgu Mi pernah jadi wakil rakyat dan banyak jasanya kepada rakyat dalam DUN ini. Maka, tak ada sebab makcik tak beri sokongan kepadanya,” katanya di sini.

Zaleha berkata, dia tidak takut untuk beralih selera, malah penduduk di DUN ini patut beramai-ramai beri sokongan kepada calon yang ‘mudoh baso sene kiro’ (mudah kira bicara) dengan rakyat.



Katanya, Cikgu Mi mempunyai perwatakan yang baik dan pengalaman lalu sebagai wakil rakyat turut menunjukkan beliau tidak sombong serta sentiasa ringan tangan menolong penduduk.

“Kita beri peluang sekali ini kepada BN dan rakannya Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir Kelantan. Banyak tawaran disediakan untuk rakyat dan rugi jika kita tidak ambil peluang ini,” katanya. MG

Penyokong tegar Pas beri sokongan kepada Cikgu Mi di Dun Melor

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker