Aziz M. OSman Puteri Lily sah bercerai selepas 13 tahun

KUALA LUMPUR: Rumah tangga pengarah Aziz M Osman dengan isteri, Puteri Lily Lokman yang dibina 13 tahun lalu akhirnya terlerai.

Pendedahan itu dibuat Puteri Lily menerusi Instagram Stories (IGs).

Puteri Lily berkata, dia perlu membuat pendedahan bagi mengelak timbulnya fitnah.



“Sejak kebelakangan ini, ramai yang bertanya status hubungan saya dan Aziz.

“Demi mengelakkan fitnah pada masa hadapan, saya dengan rasa rendah diri ingin menyampaikan berita saya dan Aziz sudah berpisah,” tulisnya.

Sungguhpun begitu, Puteri Lily berkata, dia dan Aziz berpisah secara baik, awal bulan lalu.

“Secara rasminya, saya dan Aziz berpisah dengan cara baik awal bulan lalu dan tiada kaitan orang ketiga.



“Ditakdirkan jodoh kami sampai di sini, tetapi kami masih mempunyai hubungan baik demi anak-anak,” katanya.

 

Puteri Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Nur Azzahra, 11, dan Putera Muhamad Aryan, 5. - Foto IG Aziz M Osman
Puteri Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Nur Azzahra, 11, dan Putera Muhamad Aryan, 5. – Foto IG Aziz M Osman

 

Tambah Lily, anak sulung hasil perkongsian hidup dengan Aziz iaitu Puteri Nur Azzahra, 11, menerima keputusan perpisahan dengan tenang.



“Doakan anak-anak saya kuat emosi dan mental. Doakan urusan kami dipermudahkan. I’m trying my best,” luahnya.

Puteri Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Nur Azzahra, 11, dan Putera Muhamad Aryan, 5.

Ini adalah perkahwinan yang ketiga buat Aziz. Sebelum ini, pengarah filem XX Ray itu mendirikan rumah tangga dengan penerbit dan pelakon, Nor Aliah Lee dan memiliki enam cahaya mata.

Selepas berpisah dengan Nor Aliah, Aziz berkahwin dengan Nor Radhiah pada 16 Ogos 2008, namun dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita itu masih dalam tempoh edah ketika majlis pernikahan.



Aziz kemudian berkahwin dengan Puteri Lily pada 6 Jun 2010.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker