Ibu tunggal, warga emas, pasangan baru berkahwin dan pelajar dapat bantuan tunai – Aspirasi Perpaduan PH-BN

Bantuan tunai untuk ibu tunggal, warga emas, pasangan baru berkahwin dan pelajar menjadi antara tawaran dalam manifesto PH Negeri Sembilan yang dilancarkan hari ini.

Antara bantuan tunai adalah “Sumbangan Keceriaan” berjumlah RM200 kepada ibu tunggal berpendapatan kurang RM2,000 sebulan, serta RM200 setahun kepada warga emas berusia 70 tahun ke atas.

Bagi pasangan yang baru berkahwin buat kali pertama, PH-BN menawarkan bantuan tunai RM500.



Sementara itu, turut ditawarkan adalah deposit RM100 dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk anak negeri yang lahir pada 2023 hingga 2027.

Pelajar pula antaranya ditawarkan RM300 menerusi bantuan kemasukan ke sekolah berasrama penuh.

Manifesto itu turut menyediakan bantuan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT), iaitu RM1,000 untuk pelajar sarjana muda, RM750 untuk pelajar peringkat diploma dan RM500 untuk pelajar peringkat sijil.

Pelajar IPTA yang mendapat ijazah kelas pertama pula akan dianugerahkan sebanyak RM5,000.



Secara keseluruhan, manifesto PH-BN di Negeri Sembilan menjanjikan 70 inisiatif, antaranya dalam bidang pembangunan ekonomi, pertanian, pelancongan, kebudayaan dan perumahan.

Semalam PN juga melancarkan manifestonya untuk Negeri Sembilan.

Antara yang ditawarka ngabungan itu adalah subisi untuk pekerja ekonomi gig mendapatkan lesen motosikal, subsidi untuk tambang bas sekolah, bantuan sehingga RM300 untuk kos wanita melahirkan anak serta inisiatif rumah sewa untuk beli “rent to own”.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan



Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland



“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker