Tinggal dua beradik, keluarga tidak sampai hati nak beritahu ‘ayah ibu dan adik dah sudah tiada lagi’

Nik Adam Zharif (kiri) ditenangkan ahli keluarganya selepas pengebumian jenazah ibu bapa dan adiknya di Tanah Perkuburan Islam Tok Johol, Padang Tengah Ketereh.

Dua anak kepada mangsa yang maut dalam kejadian kenderaan dihempap pokok hanya mengetahui mereka sudah yatim piatu selepas 22 jam kejadian berlaku.

Nenek mereka, Amnah Ismail, 64, berkata ahli keluarga tidak sanggup untuk memberitahu perkara itu kepada Nik Adilia Zulaikha Nik Mohd Zulmi,11, dan adiknya, Nik Adam Zharif,9, yang terselamat dalam kejadian ngeri itu.

Katanya, mereka akhirnya mengetahui kehilangan ibu bapa, Nik Amirah Ab Rahman, 40, dan Nik Mohd Zulmi Ramli,44, serta adik bongsu mereka, Nik Aishah Azzahra,5, ketika jenazah dibawa pulang dari hospital kira-kira jam 6 petang tadi untuk urusan pengebumian.

“Sejak balik, kak long (Nik Adilia Zulaikha) hanya memanggil umi (ibunya) saja, manakala Adam pula hanya diam dan memberitahu umi serta babanya (Nik Mohd Zulmi) dan Ecah (Nik Aishah) ada dalam kereta,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Tok Johol, Kampung Padang Tengah, di sini, hari ini.



Jenazah tiga beranak itu dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 7.12 malam ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor.

Dalam kejadian jam 8.04 malam semalam, Amirah dan suami serta anak maut, manakala dua anaknya yang menaiki Nissan Sentra cedera, selain lima beranak yang menaiki Honda City terselamat dalam kejadian pokok menghempap dua kenderaan di Kampung Bukit Cina, Kok Lanas.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kok Lanas selepas keluar makan di Pulai Condong.



Amnah berkata, dia sendiri akan menjaga kedua-dua cucunya itu yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 2.

Katanya, kali terakhir dia bercakap dengan Amirah yang juga anak sulungnya itu ketika arwah meminta dia berdoa rumahnya yang dibina di Kubang Kala cepat disiapkan.

Amnah turut menafikan arwah sedang mengandung dan beranggapan pihak penyelamat mungkin keliru kerana arwah berbadan besar.

Sementara itu, sepupu arwah Amirah, Mohd Aidi Ab Ghani, 50, berkata dia tidak menyangka kata-kata arwah yang dia akan sehidup semati dengan suaminya dua bulan menjadi kenyataan.



“Arwah suka sedekah makanan kepada ahli keluarga dan saudara-mara dengan menyangkut makanan pada pagar rumah kami.

“Pada petang sebelum kejadian, arwah menyangkut buah terung di pagar rumah sepupu kami,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker