Peja dituduh ‘jual kerusi’ Bersatu

Peja dituduh ‘jual kerusi’ Bersatu

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan dakwaan beliau ‘menjual kerusi’ dalam pemilihan calon bagi gabungan itu.

Ahmad Faizal yang lebih dikenali sebagai Peja berkata, sekiranya boleh ‘menjual kerusi’, mereka tidak mempunyai masalah kewangan seperti pada masa ini.



“Kalau lihat, kami berkempen dengan begitu ala kadar, kami tak ada jual kerusi, malah bebanan kepada pimpinan dalam menghadapi pilihan raya ini amat getir dan besar.

“Tak apalah, kepada mereka yang telah membuat dakwaan fitnah bahawa saya telah menjual kerusi itu, saya ampunkan supaya mereka tak payah cari saya di Padang Mahsyar nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas

Majlis Munajat Akbar dan Jelajah PN Best di Sendayan, malam tadi.

Sebelum ini, calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN Sikamat, Mohammed Hafiz Baharudin dilapor mendakwa wujud elemen ‘jual kerusi’ dalam pemilihan calon PN Negeri Sembilan.



Beliau yang juga ahli parti BERSATU berkata, dakwaan itu timbul selepas mendapati senarai calon yang diumumkan sangat lemah dan tidak berpotensi untuk menang.

Mengulas mengenai kenyataan pimpinan BN dan PH yang seringkali melaungkan kemenangan 36-0 di Negeri Sembilan, Ahmad Faizal berkata, pihaknya yakin akan memberikan saingan hebat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

“Kami yakin akan memberi saingan hebat. Kalau mereka (BN dan PH) yakin dengan 36-0, mana mungkin pemimpin utama negara terpaksa datang ke sini saban malam sejak penamaan calon.

“Saya ingat empat malam berturut-turut. Saya dapati juga calon-calon nama besar terpaksa berkampung di tempat masing-masing untuk mempertahankan diri,” katanya.



Berita terbaru Dr Faiz telah meletak jawatan sebagai Ahli MPT BERSATU kerana kecewa dengan perkara di atas.

Peja dituduh ‘jual kerusi’ Bersatu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker