Jasmine Suraya redha dikecam gayakan gaun seksi pereka antarabangsa
Jasmine Suraya redha dikecam gayakan gaun seksi pereka antarabangsa
Pelakon Jasmine Suraya, 33, enggan mengambil pusing soal kecaman diterima selepas menggayakan gaun elegan yang didakwa terlalu seksi.
Jasmine atau nama sebenarnya, Jasmine Chin Xian Mei sebaliknya teruja apabila dapat memperagakan gaun malam rekaan pereka fesyen terkenal, Ivan Young ketika menghadiri Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest), baru-baru ini.
Pereka antarabangsa kelahiran Guangzhou, China itu juga sebelum ini pernah menjadi pereka gaun untuk beberapa selebriti antarabangsa, termasuk penyanyi Ariana Grande.
Jasmine berkata, gaun itu direka khas buatnya dengan nilai mencecah puluhan ribu ringgit.
“Gaun ini direka khas untuk saya dan tidak akan disarungkan oleh orang lain. Kainnya juga 100 peratus kain sutera dan butiran hiasannya dijahit dengan tangan.
“Saya sukakan rekaannya yang juga menampilkan helaian ‘cape’ yang meleret panjang, rasa macam pelakon Bollywood bila berjalan atas karpet merah,” katanya kepada BH Online.
Terdahulu, rata-rata netizen yang menghentam gaun itu menyangkakan Jasmine beragama Islam.
Namun, ramai juga mempertahankan Jasmine kerana merasakan gaun digayakan cantik dan bersesuaian dengannya.
Mengulas cemuhan diterima, Jasmine berkata, setiap individu berhak melontarkan pendapat dan dia menghormati setiap pandangan diterima.
“Saya baca setiap komen positif mahupun negatif mengenai baju ini. Saya sebenarnya gembira bila mendapat banyak pujian.
“Dalam masa sama, saya teruja apabila visi saya dan Ivan dapat dijayakan dengan terhasilnya gaun cukup indah ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Jasmine lebih tertarik berkongsi mengenai karier lakonannya berkata, dia kini bekerja keras untuk menambah baik kemahiran lakonannya.
“Saya mahu watak berbeza dan lebih matang untuk maju ke hadapan. Misi saya mahu bekerjasama dengan ramai penggiat filem tidak kira tempatan dan antarabangsa.
“Saya mahukan naskhah di luar kotak yang mungkin ada sedikit provokasi dengan jalan cerita menarik,” katanya.
Jasmine juga akan menjayakan filem terbitan produksi antarabangsa, namun enggan mendedahkan lebih lanjut. BH
Jasmine Suraya redha dikecam gayakan gaun seksi pereka antarabangsa
Baca Artikel Menarik:
- Ketua Balai Polis Jalan Campbell jadi hero
- Uncle Cina hafal Surah Yasin sebagai amalan untuk sihat (Video)
- Guru hampir buta kena lastik kerana tegur pelajar merokok
- Siang Rosland ceraikan isteri pertama, malam Miera Leyana keluar ‘Dinner’ satu keluarga
- Saya wanita tulen – Calon BN Dun Ayer Hangat
- Sanusi dan Mahfuz, siapa yang bijak mencatur?
- Dah dua kali PAS minta maaf, jangan samapai kali ketiga
- Wakil rakyat PAN antara ditahan menagih syabu
- Amaran PAS untuk PAS
- Sanusi cari publisiti dengan gaduh dengan pemimpin, negeri tak jaga sangat pun
- Tular lelaki bergaduh guna batang besi, tali pinggang
- Dikurung Sejak 2009, Wanita Dedah Pernah Dirogol Lebih 1,000 Kali
- Chef Wan dedah hidap kanser limfoma
- Penunggang degil lalui jalan baru diturap dikejar pekerja pembinaan [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan
Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen
“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan