Anak rantau Kelantan pasti dapat peluang kerja jika diberi mandat kepada Kerajaan Perpaduan

Anak-anak rantau boleh pulang dan bekerja di negeri kelahiran mereka sekiranya Barisan Nasional (BN) bersama gabungannya Pakatan Harapan (PH) diberi mandat untuk mentadbir Kelantan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan memastikan anak Kelantan yang bekerja di luar dapat pulang bekerja di negeri sendiri apabila gabungan BN-PH bakal menyediakan banyak peluang dan pembangunan.

Menurutnya, sehubungan itu, anak-anak rantau Kelantan perlu melakukan perubahan dengan memberi mandat kepada gabungan BN-PH pada PRN kali ini.



“Kalau kerajaan bertukar, akan lebih banyak lagi peruntukan akan disalurkan untuk Kelantan, begitu juga dengan pelaburan asing.

“Kita mahu pelabur asing datang ke negeri ini, supaya anak-anak Kelantan yang berada di luar negeri dapat balik bekerja di sini,” katanya semasa berucap pada Ceramah Mega Jelajah Perpaduan Madani Kelantan di BN Command Centre, Batang Merbau di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, gabungan BN-PH akan dapat membentuk kerajaan baharu di Kelantan sekiranya memenangi 23 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.



“Jika anak-anak rantau melakukan perubahan kali ini dengan memberi undi kepada calon-calon PH dan BN, kita dapat membentuk Kerajaan Madani di Kelantan.

“Kalau kita dapat 23 daripada 45 kerusi DUN, insya-Allah 13 Ogos ini kita akan dapat membentuk kerajaan di Kelantan,” ujarnya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?



Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker