Saifuddin Nasution kacau saya – Sanusi

Saifuddin Nasution kacau saya – Sanusi

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan beliau adalah mangsa kepada ancaman oleh Kerajaan Perpaduan.

Menteri Besar Kedah itu berkata dirinya jadi sasaran sehingga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sanggup turun ke Kedah.



“Saya memang mangsa (ancaman), dia (Saifuddin Nasution) yang datang kacau saya. Saya memang mangsa penipuan, spin (putar belit), mangsa kelirukan fakta saya.

“Saya ada fakta yang jelas daripada laporan jabatan, itu sahaja kita ada. Yang dia pi kok tu, pi kok ni. Itu memangsakan saya,” katanya selepas perlawanan bola sepak pilihan MB dan pilihan Felda di Felda Teloi Timur, Sik, lewat petang tadi.

Muhammad Sanusi berkata demikian menjawab pertanyaan media mengenai dakwaan Saifuddin Nasution bahawa pimpinan Pas cuba main naratif yang beliau adalah mangsa ancaman.

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) itu mempersoalkan benarkah keselamatan Muhammad Sanusi terancam atau ia cubaan membina persepsi bagi meraih simpati rakyat kepada pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu.



Persoalan itu dibangkitkan Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) selepas beberapa pemimpin PN yang membuat dakwaan demikian berikutan ketidakhadiran Muhammad Sanusi ke beberapa siri ceramah akhir-akhir ini. MG

Saifuddin Nasution kacau saya – Sanusi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?



Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker