5 janji akan dilaksana dalam 100 hari, antaranya RM1,000 untuk wanita bekerja

PRN SELANGOR

5 janji akan dilaksana dalam 100 hari, antaranya RM1,000 untuk wanita bekerja

Menteri besar sementara Selangor Amirudin Shari berjanji akan melaksanakan lima janji pilihan rayanya kali ini dalam tempoh 100 hari.

Perkara itu termasuk pemberian RM1,000 kepada 5,000 wanita bagi mengurangkan kos penjagaan anak-anak.



Dalam amanat khasnya yang disiarkan secara langsung melalui akaun Facebooknya dan saluran Astro Awani hari ini, Amirudin berkata PRN ini amat mustahak dalam menentukan hala tuju kerajaan negeri, sejajar dengan pembentangan manifesto yang diumumkan pada 31 Julai lalu.

“Ia merupakan suatu komitmen serta iltizam kerajaan perpaduan buat negeri Selangor untuk lima tahun akan datang. Ia juga hadir dari ikhtiar dan fikiran yang mendalam serta murni demi Selangor dan rakyatnya.

“Justeru dengan penuh tawaduk saya memohon rakyat negeri Selangor untuk memberikan kemenangan kepada kerajaan perpaduan di negeri ini agar kita boleh meneruskan kestabilan, kecemerlangan dan usaha bakti ini.

“Dalam jangka masa 100 hari selepas kemenangan kita Selangor nanti, kerajaan perpaduan negeri Selangor akan melaksanakan lima perkara yang diikhtiarkan dalam ‘Tawaran Kita Selangor,” katanya.



Selain kebajikan kepada wanita, empat lain merupakan pengecualian cukai pintu untuk rumah kampung, rumah kos rendah; baucar buku ‘Kita Selangor’ bernilai RM200 kepada 1,000 mahasiswa Selangor; menaikkan elaun imam, bilal dan siak; insentif pertanian dan perikanan berjumlah RM1,000 kepada 500 petani, pesawah dan nelayan.

“Pilihan raya pada 12 Ogos ini adalah tarikh penting dalam sejarah negeri Selangor. Anda bakal menentukan masa hadapan negeri Selangor untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Anda mempunyai pilihan antara gabungan yang akan meneruskan kejayaan, kecemerlangan dan kemajuan negeri ini ataupun gabungan yang hanya berminat untuk menggunakan PRN ini untuk mencetuskan ketidakstabilan politik negara, terbukti tiada idea baharu dan tiada perancangan untuk negeri Selangor, negeri yang kita cintai ini,” katanya.

Menurutnya, keyakinan gabungan PH-BN untuk melaksanakan lima perkara tersebut bukanlah bermaksud untuk mendabik dada tetapi atas dasar yakin dengan kebijaksanaan rakyat negeri itu.



“Kita sedar bahawa untuk mengangkat Selangor dan rakyatnya ke suatu harakat yang lebih gemilang, perlunya kepada suatu kerajaan yang terbukti cekal menghadapi cabaran, terbukti cekap, terbukti tangkas dan terbukti berwibawa mengemudi kerajaan negeri untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat dan menawarkan solusi kepada perkara dan cabaran yang bakal dihadapi,” katanya. Mk

5 janji akan dilaksana dalam 100 hari, antaranya RM1,000 untuk wanita bekerja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker