SPRM ‘sound’ menantu Muhyiddin, balik saja tak perlu drama

Peguam yang mewakili menantu pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sepatutnya membantu pihak berkuasa dengan membawa pulang anak guamnya, dan bukan membuat kenyataan media, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Bagi, Muhammad Adlan Berhan pula, yang berada di luar negara dan menafikan melarikan diri, ketua badan antirasuah itu berkata:

“Balik saja. Tak perlu beri begitu banyak alasan.”



Azam juga mengingatkan peguam Baljit Singh Sidhu bahawa dia mempunyai tanggungjawab sebagai kumpulan profesional undang-undang untuk membantu siasatan SPRM.

Terdahulu Baljit mengeluarkan kenyataan yang menafikan anak guamnya keluar daripada Malaysia selepas mengetahui dimasukkan dalam senarai orang dikehendaki.

Katanya Adlan sedia pulang jika unsur “ancaman dan pendakwaan” terhadapnya tiada lagi.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan SPRM pada 7 Ogos bahawa mereka memburu Adlan, 48, dan Mansoor Saat, 69.



SPRM mengesan kedua-dua mereka bagi membantu siasatan dalam projek biometrik pekerja asing.

Baljit berkata, Adlan sedang terlibat dalam lawatan perniagaan di luar negara dan dikatakan sudah memberitahu penyiasat SPRM bahawa dia akan pulang ke tanah air selepas selesai tugas.

Mengulas perkara itu, Azam berkata SPRM telah cuba mendapatkan kerjasama Adlan sejak Jun lalu tetapi tidak berjaya.

Dia juga menafikan dakwaan kenyataan terkini SPRM berkaitan Adlah dan seorang lagi individu dibuat susulan pilihan raya negeri.



“Ada orang boleh mudah-mudah tuduh kita, persoal kenapa hanya sekarang kita cari dia (Adlan).

“Kita hubungi dia sejak Jun, sekarang sudah Ogos. Tiap kali pegawai saya telefon dia beri alasan (akan balik tetapi tak laksanakan).

“Jika kamu penyiasatnya, berapa lama kamu boleh tunggu? Ia tiada kaitan dengan pilihan raya atau  tidak,” katanya.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker