Dewan Ulama PAS bangkit persoalan penerimaan dana asing oleh PH

Dewan Ulama PAS bangkit persoalan penerimaan dana asing oleh PH

Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) membangkitkan semula persoalan penerimaan dana asing oleh Pakatan Harapan (PH) yang sehingga kini tiada siasatan atau pun jawapan mengenai dakwaan itu.

Ketuanya Ahmad Yahya berkata, persoalan itu paling mustahak dan lebih bahaya kerana mendedahkan kedaulatan negara kepada kepentingan asing.



“Persoalan paling mustahak di sini adalah penerimaan dana asing oleh PH yang sudah mencetuskan kebimbangan ramai sebelum ini. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twining pada pasca pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Dakwaan ini lebih berbahaya kerana mendedahkan kedaulatan negara kepada kepentingan asing. Ironinya masih tiada siasatan mahupun jawapan yang tuntas terhadapnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 17 Julai 2018, Twining mendedahkan IRI bekerjasama untuk mengukuhkan parti pembangkang di Malaysia sejak 2002, menerusi dana National Endowment for Democracy (NED), dalam satu forum anjuran Center for Strategic and International Studies (CSIS).

Twining mendakwa selepas kemenangan PH pada PRU14, beliau bertemu dengan pemimpin baharu Malaysia yang rata-ratanya pernah bekerjasama dengan IRI, manakala seorang pemimpin kanan yang berada dalam kerajaan memuji IRI yang tidak berputus asa terhadap mereka.



IRI memiliki kaitan dengan Parti Republikan menerusi Senator Amerika Syarikat (AS), John McCain yang menjadi pengerusi sejak 25 tahun lalu, namun beliau melepaskan jawatan itu pada 2018.

Sementara itu, berhubung dakwaan Anwar bahawa Perikatan Nasional (PN) mendapat dana pilihan raya daripada syarikat perjudian, Ahmad berkata ia satu dakwaan dangkal dan jauh meleset.

Katanya, perdana menteri ke-10 itu hanya sekadar membayangkan dan tidak memberikan bukti jelas terhadap dakwaannya.

“Komitmen kerajaan PN sangat jelas dalam isu perjudian. Kerajaan Kedah pimpinan PN tegas dengan komitmen menutup premis perjudian di seluruh negeri ini bermula tahun 2023. Ia menuruti langkah yang diambil Kelantan dan Terengganu.



“Sejak bila syarikat perjudian sangat mesra dengan PN sehingga sanggup mendanai perjalanan pilihan rayanya?” katanya.

Beliau berkata, DUPP menyokong langkah diambil oleh PN dan PAS untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap perdana menteri atas dakwaan yang sangat tidak bertanggungjawab itu. FMT

Dewan Ulama PAS bangkit persoalan penerimaan dana asing oleh PH


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN



Jangan berani sentuh Messi – Tyson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker