2 penumpang diberkas, buat hubungan intim di tempat duduk pesawat
2 penumpang diberkas, buat hubungan intim di tempat duduk pesawat

BUENOS AIRES – Dua penumpang dibawa keluar daripada sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Copa Airlines selepas mereka ditangkap melakukan hubungan intim semasa berada di ruang udara, lapor akhbar Daily Star.
Kedua-dua penumpang yang masing-masing berusia 54 dan 59 tahun itu ditahan untuk disoal siasat selepas mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rosario, Argentina pagi semalam.
Pasangan yang menetap di alamat berasingan itu itu didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat duduk kelas perniagaan mereka, lapor media tempatan.
Seorang pramugari memaklumkan kepada juruterbang selepas menerima laporan daripada seorang wanita yang melancong bersama anak saudaranya mengenai tingkah laku mereka. Pakej percutian udara
Pasangan itu dikenal pasti sebagai Mauricio C dan Sandra O, demikian menurut media tempatan.
Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan beberapa anggota polis berada di dalam pesawat selepas pendaratan selesai.
Sebilangan penumpang menyatakan, mereka dihalang untuk keluar selama lebih sejam berikutan insiden tersebut.
Pihak berkuasa masih menyiasat kejadian itu. – AGENSI
2 penumpang diberkas, buat hubungan intim di tempat duduk pesawat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
You must be logged in to post a comment.