Zul Ariffin ‘Disindir’ Penasihat Kesihatan Selepas Dilihat Sedang Merokok? [VIDEO]
“Tahniah..”
Zul Ariffin ‘Disindir’ Penasihat Kesihatan Selepas Dilihat Sedang Merokok? [VIDEO]
![Zul Ariffin ‘Disindir’ Penasihat Kesihatan Selepas Dilihat Sedang Merokok? [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2026/05/88498868-7975-464f-a0b1-5e3e93542fda-1140x641-1.webp)
Aktor kacak, Zul Ariffin mencetuskan pelbagai reaksi peminat selepas memuatnaik hantaran di media sosial, baru-baru ini.
Zul Ariffin menerusi video yang dimuatnaik di Thread dan Instagram, dapat dilihat Zul sedang duduk di tepi tangga sebuah kediaman sambil menghisap sebatang rokok.
“Selaraskan semula kehidupan yang saya inginkan. Selamat pagi!.”-kapsyen Zul Ariffin di media sosial
Cetus Pelbagai Reaksi Netizen
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka melihat tindakan aktor kacak itu, malah ada yang sempat memberikan kiasan bahawa merokok dan vape adalah tidak salah asalkan mempunyai wajah kacak seperti Zul Ariffin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TVET Jadi Kunci Malaysia Terajui Industri EV Dan Tenaga Baharu — Ahmad Zahid
- Program Ekonomi MADANI ATM Fokus Pembangunan Sosio-Ekonomi Keluarga Tentera
- Ahmad Zahid Hargai Dedikasi Jururawat, Penggerak Utama Penjagaan Kesihatan Negara
Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman
“See? Rokok vape tak salah sebenarnya, yang salah adalah tak handsome macam Zul Ariffin.”
“We should applause men who still maintain this kind of figure after marriage. That’s where the real challenge starts. Right now Zulrippin probably still got plenty of time to make himself look good. Try add wife, kids, lack of sleep, commitments later… then see how hard it actually is.”
“Aduh tak handsome la hisap rokok, tau haram kan? saje nak bagitau lagi sebab nampak sangat enabler 🤷🏻♀️ dengan seluar pendeknya aurat lelaki paling senang nak jaga tau tak? ke tak tau?.”
“Hensem tak hensem, tetap say no to rokok. If only you’d spend a whole month in the oncology ward.”
Ditegur KKM?
Dalam pada itu, pihak penasihat kesihatan yang dikenali sebagai Public Health Malaysia turut memberikan respon seolah-olah ‘menyindir’ aktor kacak ini yang memberikan ‘free marketing’ kepada syarikat rokok.
“Tahniah, awak baru sahaja memberikan free marketing kepada syarikat rokok. Marketing team mereka boleh rehat hari ini.
Hanya tunggu seseorang dengan bangga dengan bangga pose dengan produk mereka, upload, dan anggap ia style.”-tulis KKM di Thread
![Zul Ariffin ‘Disindir’ Penasihat Kesihatan Selepas Dilihat Sedang Merokok? [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2026/05/threads-post-3895816205097943796.webp)
Zul Ariffin ‘Disindir’ Penasihat Kesihatan Selepas Dilihat Sedang Merokok? [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
You must be logged in to post a comment.