Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
Dalam satu laporan dari laman blog Malaysia Madani, Anwar Ibrahim mengumumkan kadar pertumbuhan KDNK negara bagi tahun 2024 adalah 5.1%.
Ia meningkat sebanyak 1.5% berbanding kadar pertumbuhan KDNK negara untuk tahun kewangan 2023 yang mencatatkan pertumbuhan 3.6%.
Menurut Anwar, lebih membanggakan lagi, defisit fiskal negara telah menurun kepada 4.1% berbanding 5.0% pada tahun 2023.
Ianya mencatatkan penurunan sebanyak 0.9% pada tahun kewangan 2024 berbanding tahun kewangan 2023.
Anwar juga berkata, peningkatan KDNK didorong oleh peningkatan pelaburan sebanyak 12%.
Beliau mendakwa, ianya adalah kadar tertinggi yang dicatatkan dalam masa 12 tahun.
Kera Di Hutan Di Susukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan
Persoalannya, sejauh mana angka-angka yang diumumkan Anwar turut memberi munafaat kepada orang Melayu marhaen?
Sebagaimana yang Anwar katakan, peningkatan KDNK adalah didorong oleh pertambahan pelaburan yang masuk ke dalam negara.
Siapakah sebenarnya yang mendapat munafaat besar dari pelaburan yang bernilai berbilion-bilion ringgit ini?
Sudah tentulah taikun perniagaan yang kaya raya mendapat keuntungan yang cukup besar dari kemasukan pelaburan tersebut.
Sedangkan orang Melayu marhaen yang berada di kampung dan juga di bandar hanya mampu melihat.
Peningkatan KDNK negara tidak akan menaikkan harga padi yang mereka tanam.
Pelaburan berbilion ringgit yang masuk tidak akan dapat menurunkan harga barangan keperluan harian yang sangat diperlukan oleh orang Melayu marhaen.
Malah, harga barangan keperluan harian semakin hari, semakin melambung harganya.
Sedangkan gaji pengawal keselamatan yang majoritinya adalah Melayu, gaji buruh kasar yang majoritinya adalah Melayu, tetap sama.
Harga rumah kos rendah dan sederhana yang majoritinya diperlukan oleh orang Melayu, hanya mampu dipandang dan tidak mampu dibeli.
Maka hiduplah mereka dengan menyewa rumah hingga ke akhir hayat mereka.
Renungkanlah nasib yang menimpa pakcik petai, abang mineral dan abang belon.
Ia hanya sekadar contoh yang kecil ribuan contoh kesusahan orang Melayu mencari rezeki sesuap nasi di bumi sendiri.
Masih ingatkah kita, 9 tahun yang lepas, mantan Perdana Menteri yang juga mantan Presiden UMNO, DS Najib, pernah memberi amaran menganai perkara ini?
Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
Di Syorkan Untuk Anda:
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Kuantan Move Gagal, Bersatu Semakin Layu
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
You must be logged in to post a comment.