Gaji penjawat awam akan naik dalam belanjawan – Anwar

Gaji penjawat awam akan naik dalam belanjawan – Anwar

Kerajaan berusaha untuk menaikkan sedikit gaji penjawat awam menerusi belanjawan kedua yang akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ia sebagai langkah sementara, sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan, yang dijangka pada tahun depan.



“Jadi sementara waktu saya dah bincang dengan Kementerian Kewangan, ketua setiausaha negara (KSN) dan ketua pengarah perkhidmatan awam (KPPA).

“Saya kata kalau begitu, sementara kajian ditingkatkan saya cuba dalam belanjawan Oktober ini, kita cuba naikkan dulu sedikit gaji (penjawat awam), sementara kita buat kajian menyeluruh yang boleh siap tahun depan,” katanya semasa berucap di program tinjauan mesra pelancongan dan perasmian Geopark Discovery Centre.

Pada 13 Julai lalu, perdana menteri memaklumkan skim gaji penjawat awam akan disaran dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaan ekonomi negara dengan cadangan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat bersama KSN Mohd Zuki Ali dan KPPA Zulkapli Mohamed.

Sementara itu, Anwar memaklumkan kerajaan turut bersetuju untuk memberikan elaun seberang laut bagi penjawat awam bertugas di Langkawi seperti yang dinikmati oleh penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung (bayaran insentif wilayah).



“Ada juga cadangan dia kata orang di Pulau Tuba sakit, nak mai (ke Langkawi) macam mana, jadi kita dah order ambulans laut, tapi saya tak setuju lancar sekarang (sebab PRN),” katanya.

Menyentuh mengenai Langkawi, Anwar yang juga menteri kewangan berkata dalam usaha menjadikan pulau peranginan itu pesat membangun semua jabatan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu diselaras bagi menjalankan program-program tertentu.

“Makna tiap syarikat kerajaan yang besar, TNB, Khazanah mesti perhati dan ada rancangan untuk mengangkat kedudukan Langkawi untuk menarik pelancong,” katanya. FMT

Gaji penjawat awam akan naik dalam belanjawan – Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis



Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal



Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker