Geng kartel jadikan Bersatu macam tandas awam – Faiz

Geng kartel jadikan Bersatu macam tandas awam – Faiz

Selama tujuh tahun, kata Muhammad Faiz Na’aman, dia bertahan dan bersabar dengan pelbagai kerenah dalam Bersatu sebelum nekad meninggalkan parti berkenaan pada 7 Ogos lalu.

Yakin parti itu tiada masa depan jika tiada pembaharuan dibuat, Faiz berkata, Bersatu kini seolah-olah sebuah tandas awam saja – malah lebih teruk daripada itu – apabila tidak dikawal seperti sepatutnya.



“Pengaruh kumpulan ‘kartel’ dalam Bersatu begitu tebal sehinggakan mereka menjadikan parti seperti tandas awam atau rumah pelacur kerana sesiapa saja boleh keluar masuk dengan mudah,” katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara di Petaling Jaya, Selangor semalam.

Dia yang sebelum ini menjadi antara pemimpin kanan yang lantang menyatakan rasa kurang senang dengan keadaan itu menjelaskan, ada individu tertentu yang sudah menyertai parti lain boleh terlibat semula dengan Bersatu.

Tidak dapat mengesahkan sama ada ia adalah langkah terancang atau sebaliknya, Faiz berkata, ada kemungkinan keadaan tersebut mempunyai kaitan dengan cubaan kumpulan tertentu melebarkan pengaruh dalam Bersatu.

Tambahan pula Bersatu akan mengadakan pemilihan parti selepas pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.



Keadaan itu, katanya, dilihat sama ada dibiarkan oleh pimpinan pusat, atau sengaja dibiarkan atas sebab yang tidak diketahui.

Tidak namakan sesiapa

Pada masa sama Faiz menjelaskan struktur organisasi Bersatu menyaksikan berlaku beberapa masalah apabila ada entiti lain yang dilihat mengatasi majlis pimpinan tertinggi parti (MPT).

“Ia adalah Biro Politik Bersatu. Kadang-kadang sesuatu keputusan dibuat oleh biro itu sendiri tanpa mendapat persetujuan atau dimaklumkan lebih awal kepada MPT.



“Sebab itu kadang-kadang saya berdepan dengan masalah.

“Sebagai ahli MPT saya bertanggungjawab menjaga nama baik Bersatu sama ada kepada media atau ahli akar umbi tetapi apabila ada keputusan diambil tanpa merujuk kepada badan tertinggi (MPT), itulah punca kadang-kadang ada kekeliruan timbul,” katanya.

Biro terbabit, katanya, hanya dimaklumkan kepada MPT selepas sesuatu keputusan diambil sedangkan prosedur yang patut dibuat adalah sebaliknya.

“Dalam Bersatu ada satu kumpulan yang lebih elit berbanding badan elit parti,” katanya lagi.



Keadaan sebegitu, katanya, tidak berlaku pada mana-mana parti politik lain khususnya Umno apabila setiap keputusan dinyatakan secara terbuka dan mendapat ‘restu’ daripada badan tertinggi masing-masing.

“Ada juga watak-watak egois dalam Bersatu,” katanya yang enggan menamakan individu yang dimaksudkan.

Faiz merupakan antara watak awal yang terbabit dalam penubuhan Bersatu dan dilantik menganggotai MPT parti berkenaan selama dua penggal.

Bagaimanapun dia mengumumkan langkahnya meninggalkan Bersatu pada 7 Ogos lalu kerana tidak senang dengan perjalanan parti berkenaan, termasuk membabitkan persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN).



Perancangan tak jelas

Faiz juga mendedahkan bagaimana dia ditegur oleh salah seorang pemimpin kanan Bersatu hanya kerana membuat kenyataan umum bagi ‘memancing’ reaksi parti lawan.

Langkah tersebut, katanya, dibuat bagi memberikan kelebihan kepada Bersatu berbanding pihak kerajaan.

“Misalnya usikan mengenai ‘nombor’ 126 yang dikaitkan dengan khabar-khabar angin mengenai pertukaran kerajaan pada awal Mei lalu.



“Saya buat itu sebagai provokasi saja tapi ada pemimpin kanan Bersatu yang marah, tapi saya tak pasti apa yang mendorong dia begitu.

“Apakah ada sesuatu yang dia tahu dan saya tidak tahu?” katanya.

Pun begitu menurut Faiz enggan terburu-buru bertindak, sebaliknya dia cuba bersabar dan cuba membetulkan keadaan secara dalaman, selain membuat teguran secara berlapik.

Ditanya mengapa dia meninggalkan Bersatu pada hari-hari terakhir kempen menjelang PRN di enam negeri, Faiz berkata, ia tiada kaitan dengan merajuk atau berang gara-gara tidak menjadi calon.

Katanya masa depan Bersatu dilihat tidak cerah lagi dan kekal bersama parti itu bermaksud dia juga akan bertanggungjawab atas ‘kegagalan’ berkenaan.

“Perancangan tak jelas, perkaderan tiada, politik dalaman – semua ini merimaskan ahli di pelbagai peringkat dan saya bertanggungjawab menjelaskan keadaan itu kepada mereka.

“Kalau saya kekal dalam MPT juga bermakna saya juga perlu memikul beban berkenaan,” katanya lagi. Mk

Geng kartel jadikan Bersatu macam tandas awam – Faiz

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang

Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker