Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Penyanyi Shila Amzah berharap perpisahan ibu bapa, Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman selepas 34 tahun hidup bersama akan memberi kebahagiaan kepada mereka.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata, dia tidak boleh memaksa ibu bapanya untuk terus bersama kerana kemelut rumah tangga dilalui sudah berpanjangan.

Sebagai anak sulung, Shila berkata, dia tidak mampu memaksa ibu bapanya untuk terus mempertahankan rumah tangga dibina.



“Jangan risaukan mak saya, doakan yang baik-baik. Sebab pada akhirnya, orang nak bercerai, kahwin, semuanya jodoh.

“Sebagai anak, takkan nak paksa mereka bersama. Anak-anak semua sudah besar,” katanya.

Dalam pada itu, Shila berkata terpulang kepada ibu bapanya untuk mencari kebahagiaan sendiri.

“Suka hati merekalah nak buat apa. Carilah kebahagiaan masing-masing,” katanya.



Penyanyi lagu Patah Seribu itu berkongsi perkara berkenaan ketika sesi siaran langsung di TikTok bersama suami, Ubai Mz, semalam.

Pada sesi siaran langsung itu, Shila diajukan pelbagai pertanyaan berhubung rumah tangga ibu bapanya.

Sebagai anak, Shila berkata, dia sudah pasti terkesan dan sedih atas perpisahan mereka.

Namun, Shila percaya perpisahan berlaku adalah jalan terbaik selepas pelbagai usaha dilakukan.



“Tipulah kalau anak-anak tak sedih, tetapi pada masa sama, kami serabut lihat mereka bergaduh.

“Jadi, lantaklah dan tak boleh buat apa. Setakat itu sahaja jodoh kerana mereka sudah cuba,” ujarnya.

Semalam, Fauziah menerusi Instagram (IG) mengesahkan ND Lala sudah melafazkan cerai terhadapnya pada 2 Ogos lalu.

Fauziah memaklumkan, lafaz cerai dibuat di Masjid AR Rahman, Bangsar dan dia hanya dimaklumkan mengenainya menerusi kiriman WhatsApp, semalam.



ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25. BH

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang



Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker