Jasmine Suraya Potong Rambut & Naikkan Berat Badan

Jasmine Suraya Potong Rambut & Naikkan Berat Badan

Muat naik terkini pelakon jelita, Jasmine Suraya Chin mencuri perhatian ramai rakan artis dan peminatnya di Instagram. Aktres berbakat ini memuatnaik foto penampilan terbaru dirinya dengan potongan rambut pendek dan kelihatan tubuh badan yang agak berisi dari biasa.

Jasmine memaklumkan sebenarnya ini merupakan kali ke-100 dirinya memotong rambut demi menjayakan watak yang dibawa. Malah aktres ini juga mendedahkan bahawa ini juga kali pertama dirnya memotong rambut sependek itu.

Jasmine juga mengatakan selain perlu memotong rambut pendek, aktres berbakat ini perlu menaikkan berat badannya sebanyak 8 kilogram dan kini dirinya berjaya naikkan berat sehingga 5 kilogram.

“Saya tak aktif di media sosial kebelakangan ini kerana rasa lebih baik jauhkan diri seketika dan cuma memerhati.

Nielah kali ke-100 saya potong rambut pendek, tapi nielah kali pertama saya potong rambut saya sependek ini – potongan lelaki atau potongan pixie katanya.

Untuk watak baru saya, Jasmine potong rambut dan saya kena naik berat 8kg. Setakat ni, saya berjaya naik 5kg dan saya dalam perjalanan mencapai target saya 8kg. Itu sebab badan nampak gempal sikit dalam gambar.

Doakan supaya segalanya berjalan dengan lancar untuk projek baru saya bersama @realjspictures

Jumpa anda semua di tv akan datang!” Tulisnya

Melihat penampilan terbaru aktres jelita ini di akaun Instagram membuatkan ramai rakan artis dan peminat terpegun, rata-rata ramai memberi pujian dan komen positif terhadap penampilan baru Jasmine di ruangan komen posting pelakon tersebut.

“Ingat Angelina Jolie tadi”

“Suka sangat! Awak kelihatan menarik! Tak sabar tunggu projek baru!”

“Pengorbanan kita lakukan untuk kerja kita kan? Hormat”

“@jasmine_suraya masih tetap cantik”

“Cantik @jasmine_suraya” komen mereka

Penampilan baru pelakon versatil ini memang nampak lain, tak sabar tunggu projek baru Jasmine akan datang. Mr

Jasmine Suraya Potong Rambut & Naikkan Berat Badan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker