Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Mengakhiri persembahannya dengan tangisan, penyanyi Suki Low, mengaku terlalu terbawa-bawa dengan emosi dan perasaan sebak semasa menyampaikan lagu Tanpa Kekasihku di pentas separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) tempoh hari.

Menurut Suki, perasaan itu membelenggu dirinya kerana sepanjang persembahan dia teringat akan seorang individu yang penting kepada dirinya namun telah tiada.

“Aksi saya melutut itu ketika membuat persembahan tempoh hari itu pun bukan di dalam perancangan saya dan sepatutnya berdiri saja sepanjang masa. Tetapi itu terjadi ikhlas dari hati saya.

Ads by Kiosked
“Saya berdoa untuk seseorang yang telah meninggalkan saya dan keluarga. Saya berharap dia akan menemui ketenangan di sana dan berharap untuk bertemu dengannya suatu hari nanti.

“Saya minta maaf sangat-sangat, saya tidak dapat mendedahkan siapa individu tersebut kerana ia terlalu berat untuk kedua ibu bapa saya tetapi apa yang saya boleh kongsikan, dia amat rapat dengan keluarga kami,”katanya.

Suki berkata demikian ketika ditemui selepas menamatkan persembahan pada konsert GV8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, baru-baru ini.

Selain itu, Suki juga memohon maaf kerana menghampakan peminat yang begitu optimis sejak masuk ke dalam program realiti ini untuk membuat persembahan yang terbaik.

“Sebenarnya minggu ini ia seperti roller coaster dan boleh dikatakan, segala persiapan persembahan bagaikan tidak lancar.

“Saya minta maaf kerana telah mengecewakan anda semua. Sudah tentu saya tidak mahu ia terjadi.

“Kalau ada salah dan silap sudah tentu saya yang bersalah sebab saya merupakan seorang individu yang inginkan terbaik kepada persembahan saya. Saya harap saya dapat lakukan yang terbaik masa peringkat akhir nanti” katanya.

Dalam pada itu, Suki tidak menolak, selepas GV8 melabuhkan tirainya pada minggu hadapan, apa yang paling dirindui ialah persembahan bersama-sama rakan peserta serta keriuhan sorakan peminat yang hadir memberi sokongan.

“Keluarga GV8 ini juga antara sebab saya sebak. Sebelum ini bila ada peserta yang tersingkir, kami semua terasa seperti kosong. Tetapi itu adalah normal dan merupakan adat pertandingan.

“Yang paling penting saya harap selepas pertandingan ini kami akan terus saling berhubung. Semuanya berlalu dengan pantas.

“Saya sebenarnya jenis yang suka duduk di rumah jadi selepas ini saya akan merindui untuk ke PICC, buat persembahan di atas pentas yang sangat besar dan menyeronokkan, rakan-rakan serta media yang ramai macam ini” katanya. Utusan

Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker