Nabila Huda terkejut kena saman
Nabila Huda terkejut kena saman
Pelakon dan pengacara terkenal, Nabila Huda meluahkan rasa terkilan setelah mendapat tahu secara tidak rasmi dirinya telah disaman oleh sebuah pihak berikutan menuduh seorang aktivis wanita ‘mengambil’ bantuan mangsa banjir baru-baru ini.
Menerusi ruangan komen hantaran mengenai dirinya di akaun Instagram sebuah portal hiburan, Nabila berkata dia terkejut mengenai perihal tersebut kerana hanya mengetahuinya setelah dimaklumkan oleh pengikutnya.
Mempersoalkan tindakan pihak yang menyamannya, Nabila berkata mereka boleh menghubungi dirinya ataupun bapa yang juga merupakan lagenda rock tanah air, Amy Search sebelum berkongsi kepada pihak media mahupun umum.
“Mereka boleh terus hubungi saya, dm dekat Instagram ke, cari nombor ke. Kalau Nabila Huda hilang, amy search..? Kena peguam bagi statement dekat mstar? Why she cari you guys dulu? Just imagine, saya di saman, tapi saya tak tahu. Saya tahu dari followers yang tengah tengok live saya. Macam mana keadaan ni. Confuse kejap” komen Nabila
Balasnya lagi, sehingga komen tersebut ditulis dia tidak menerima sebarang surat ataupun dihubungi mengenai isu saman itu.
“You guys tahu my number kan? but asal i tak tahu langsung pasal statement ni? If yes, kenapa i tak dapat surat apa-apa? Kalau saya kena saman, kenapa dorang pergi dekat mstar dulu bagitahu? Kenapa dorang tak contact saya eh?” katanya lagi
Terdahulu, pihak Murai.my turut menerima sebuah kenyataan media daripada pihak peguam seorang aktivis wanita yang dituduh oleh pelakon itu kerana tidak berlaku amanah dan mengambil bantuan yang telah diletakkan di pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Sungai Lui, Hulu Langat.
Aktivis tempatan yang dikenali sebagai Fatimah Zaharah Rahim melantik peguam Nurul Hafidzah Hassan, Zeti Zulkifli dan Datuk Wan Azmir Wan Majid dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors bagi meneliti tindakan yang sesuai diambil ke atas Nabila.
Menurut peguam, Nabila didakwa sengaja menyalahgunakan kemudahan aplikasi tersebut dan menyebabkan ramai berasa benci terhadap aktivis tempatan itu sehingga membawa kecaman setelah kenyataan yang dimuat naik pelakon tersebut dikongsikan semula oleh orang ramai.
Peguam Nurul Hafidzah turut memaklumkan, anak guamnya itu bertegas mengatakan apa yang dinyatakan oleh pelakon tersebut adalah tidak benar kerana ia boleh menyebabkan kedudukan mereka yang bekerja dalam industri hiburan diprejudiskan. Mr
Nabila Huda terkejut kena saman
Baca Artikel Menarik :
- Wakil rakyat pembangkang ‘ghaib’ ketika bencana banjir – Ismail
- Menakjubkan! Seekor Rusa Melompat Sebelum ‘Terbang’ Tinggi Ke Udara [VIDEO]
- Unsur mistik dalam kehilangan Kamaliah?
- Khalid serah banglo, penthouse, kereta selepas isteri setuju poligami
- Orang utan bunuh manusia: Kenyataan Zuraida undang kecaman netizen
- Alfie Zumi dipukul kumpulan lelaki bermotosikal
- Poster man UMNO, awalkan PRU15
- Suria KLCC cat semula dekorasi Tahun Baharu Cina selepas dikecam
- Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan, Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang
- Teguran Nik Abduh dibidas Sanusi
- Angkara Pagar Rumah Rupanya Mengundang Sengsara
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Cerai, hilang datuk dalam sehari