Takiyuddin kena belajar buang ego orang besar – Nik Abduh

Takiyuddin kena belajar buang ego orang besar – Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Takiyuddin Hassan pernah dinasihati supaya “membuang ego” oleh bapanya tetapi beliau tidak tahu sama ada Setiausaha Agung PAS itu mematuhi nasihat berkenaan.

“Saya kenal dia (Takiyuddin) sejak zaman Almarhum ayah saya lagi (Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan kami amat rapat. Dia kena belajar buang ego diri bila jadi orang besar.

“Itu nasihat ayah saya pada dia. Tak tahulah kalau dia tak tahu nasihat ayah ini,” kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu kepada FMT.

Nik Abduh berkata, beliau meminta penjelasan pimpinan parti mengenai pengguguran Khairuddin Aman Razali sebagai AJK PAS Pusat sebelum ini kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Takiyuddin.

“Saya hanya tulis (di Facebook) selepas empat atau lima hari (selepas pengguguran Khairuddin) dan hanya selepas Datuk Seri SU Agung (Takiyuddin seolah) cabar Khairuddin secara terbuka dalam akhbar.

“Kawan kita dalam luka musibah, kita tambah lagi garam untuk tambahkan lagi musibah. Mana adab jamaah dan adab berkawan? Jangan ajar saya bab adab kalau kita lebih tak beradab,” kata Nik Abduh.

“Kewajiban saya pertahan sahabat dalam susah. Itu sunah yang diajar oleh Nabi kita,” tambah Ahli Parlimen Bachok itu.

Pada 16 Jan, Takiyuddin mencabar Khairuddin untuk menyatakan isu Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional sebagai punca beliau digugurkan dan berdepan risiko dikenakan tindakan undang-undang.

Beberapa hari kemudian, Nik Abduh berkata di Facebook, tindakan “orang besar parti” yang mencabar Khairuddin untuk menyatakan sebab pemecatannya adalah “buruk dan teruk”.

Kelmarin, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan individu tertentu dalam PAS yang “pandai-pandai” menulis di Facebook boleh dianggap sebagai isu disiplin.

Tanpa menamakan Sanusi, Nik Abduh berkata, beliau tidak terkilan dengan pihak yang marah dengan penulisan Facebooknya namun mereka harus bersikap adil.

“Saya tak pernah marah ahli PAS yang marahkan saya kerana tulisan itu atau mana-mana tulisan saya sebelum ini berkaitan parti. Itu tanda mereka sayang parti dan jamaah.

“Mereka dapat pahala, cuma nak marah saya sekali, kena marah juga SU Agung dua kali. Kalau 10 kali, dia mesti kena 20 kali, dia mula dulu, itu baru adil,” katanya.

Nik Abduh berkata, semua pihak termasuk beliau dan Khairuddin sendiri menerima keputusan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menggugurkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu daripada Jawatankuasa PAS Pusat.

“Semua ahli PAS terima keputusan itu (pengguguran Khairuddin) termasuk tuan badan pun. Saya pun terima saja dan minta Khairuddin akur dan sabar,” katanya.

Hadi berkata, Khairuddin digugurkan kerana isu disiplin namun tidak memberikan butiran lanjut.

Namun keputusan itu masih dikaitkan dengan desakan Khairuddin yang mahukan PAS meneruskan kerjasama dengan Umno menerusi MN.

Ia dilihat bercanggah dengan pendirian Hadi menolak Umno jika parti itu enggan menerima Bersatu.

Sebelum ini, Nik Abduh menyifatkan Khairuddin sebagai figura PAS yang masih merupakan Setiausaha Majlis Syura Ulamak parti. FMT

Takiyuddin kena belajar buang ego orang besar – Nik Abduh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker