Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

LONDON: Seorang penggubal undang-undang Britain mendakwa dipecat dari jawatan menteri dalam kerajaan Konservatif Perdana Menteri Boris Johnson, antaranya disebabkan kepercayaannya terhadap Islam mengundang ketidakselesaan dalam kalangan rakan sekerja, lapor Sunday Times.

Nusrat Ghani, 49, yang kehilangan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan pada Februari 2020, memberitahu akhbar itu bahawa dia diberitahu oleh ‘whip’ Parlimen bahawa pegangan agama dibangkitkan dalam isu pemecatannya.

Tiada reaksi balas segera kepada dakwaan beliau dari Pejabat Johnson, namun Ketua Whip Kerajaan, Mark Spencer mengakui beliau adalah individu di sebalik dakwaan Ghani.

“Tuduhan ini palsu sama sekali dan saya menganggapnya sebagai fitnah. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Kenyataan Ghani dibuat selepas seorang rakan konservatifnya berkata beliau akan bertemu polis untuk membincangkan tuduhan bahawa whip kerajaan cuba memeras ugut penggubal undang-undang selepas disyaki cuba memaksa Johnson melepaskan jawatan berikutan kemarahan orang ramai mengenai sekatan berkaitan COVID-19.

Skandal itu menghilangkan sokongan awam terhadap Johnson dan partinya, mengundang krisis paling serius dalam jawatan perdana menteri.

“Saya diberitahu bahawa pada mesyuarat rombakan di Downing Street, isu keIslaman dibangkitkan, bahawa status saya sebagai menteri wanita Islam menyebabkan rakan sekerja tidak selesa.

“Saya tidak mahu berpura-pura bahawa ini tidak menggoyahkan kepercayaan saya terhadap parti dan adakalanya saya mempertimbangkan dengan serius sama ada untuk meneruskan tugas sebagai Ahli Parlimen,” kata Ghani dipetik dari akhbar itu.

Ghani adalah menteri wanita Islam pertama di Britain.

Dalam reaksinya, Spencer berkata Ghani enggan merujuk perkara itu kepada siasatan rasmi dalaman apabila beliau mula membangkitkan isu itu pada Mac lalu.

Parti Konservatif sebelum ini menghadapi tuduhan Islamofobia dan laporan pada Mei tahun lalu mengkritiknya berhubung cara mereka menangani aduan diskriminasi terhadap umat Islam.

Laporan itu juga menyebabkan Johnson mengeluarkan permohonan maaf atas sebarang kesalahan yang disebabkan oleh kenyataan terdahulunya mengenai Islam.

Sementara itu, pemimpin utama pembangkang dari parti Buruh, Keir Starmer berkata pihak Konservatif mesti menyiasat kenyataan Ghani dengan segera.

“Ini mengejutkan untuk dibaca,” ciapnya di Twitter. BH

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker