Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA

Pengacara bermulut lantang Azwan Ali ‘naik hantu’ selepas beberapa jalan raya utama di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur ditutup sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk.

Azwan atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA menerusi TikTok miliknya telah memaki hamun pihak yang mengadakan perarakan di sekitar Kuala Lumpur sehingga beberapa jalan raya ditutup oleh pihak berkuasa.

“Gara-gara kecoh dan tangkap Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), sampai sesak jalan ke arah Bangsar.

“Aku bukan penyokong Azam Baki, tapi otak letak di mana? Kerana orang macam kaulah (peserta perarakan). Jalan ditutup sehingga menyusahkan orang lain,” kata Azwan.

Dalam hantaran video itu juga, Diva AA dengan lantang menggelar peserta yang menyertai perarakan pada hari ini dengan gelaran ‘lembu bodoh’ kerana telah menyusahkan orang lain.

“Masing-masing ada otak. Fikirlah! Daripada nak berarak macam ‘lembu bodoh’. Kau viralkan video ini. Menyusahkan orang lain.

“Nak tangkap Azam Baki, tangkaplah! Tapi jangan menyusahkan orang lain,” katanya.

Dakwa personaliti berusia 55 tahun itu, sepatutnya orang ramai menggunakan saluran undang-undang sedia ada, bukannya mengadakan perhimpunan dan perarakan beramai-ramai sehingga mengganggu pengguna jalan raya.

“Sebab nak berhimpun, orang lain susah. Gunakanlah saluran undang-undang yang betul,” tegasnya.

Terdahulu, lebih 200 peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki yang berlangsung di stesen LRT Bangsar mula melaungkan “Tangkap Azam Baki” sekitar pukul 11 pagi hari ini.

Penganjur perhimpunan itu turut mengingatkan peserta-peserta supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki juga dijangka terus kekal di kawasan Stesen LRT Bangsar di mana sebelum ini perhimpunan dijangka dilakukan di hadapan pusat beli-belah Sogo. K Online

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker