Dadah RM27.3 juta dalam 4×4 dirampas polis

Dadah RM27.3 juta dalam 4×4 dirampas polis

PASIR MAS: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas dadah jenis syabu, pil kuda dan ganja mampat bernilai RM27.3 juta di Kampung Padang Embun, semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Hazani Ghazali, berkata rampasan pada 11.45 pagi itu adalah terbesar dilakukan polis di negeri ini setakat awal tahun ini.

Beliau berkata, rampasan dilakukan selepas anggota PGA9 terserempak dengan sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berdekatan lampu isyarat Kampung Lati.

“Kenderaan itu diarahkan berhenti untuk pemeriksaan namun pemandunya memecut laju.

“Anggota PGA9 kemudian mengejar kenderaan itu sejauh 10km dan apabila tiba di Jambatan Ibrahim Ali, anggota PGA9 melepaskan tiga das tembakan ke tayar belakang yang menyebabkan kenderaan itu terbabas ke dalam tali air di Kampung Padang Embun,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat dan Komander Briged Tenggara PGA SAC, Hasan Basri Ahmad Safar.

Hazani berkata, pemandu Toyota Hilux itu berjaya keluar dari kenderaannya dan melarikan diri ke arah pekan Pasir Mas dengan menaiki sebuah kereta jenis Volkswagen Golf GTI 2.0 berwarna kelabu dipercayai dipandu rakannya.

“Anggota PGA9 yang membuat pemeriksaan ke atas Toyota Hilux terbabit menjumpai 17 bungkusan plastik berwarna ungu dan merah di bahagian tempat duduk penumpang belakang dan ruangan tempat menyimpan barang belakang.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 300kg syabu, 1.6 juta biji pil kuda dan 200kg ganja mampat yang semuanya dianggar bernilai RM27.3 juta,” katanya.

Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti pemilik pacuan empat roda dan Volkswagen Golf itu.

Katanya, dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran di seluruh Semenanjung dan boleh digunakan oleh kira-kira 1.3 juta penagih. FMT

Dadah RM27.3 juta dalam 4×4 dirampas polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker