Ibu tikam bapa hingga mati disaksi 2 anak

Ibu tikam bapa hingga mati disaksi 2 anak

SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas ditikam isterinya sebanyak dua kali di dada dan pinggang dalam kejadian di Jalan Rk 6/2 Rasah Kemayan, Seremban 2, hari ini.

Dalam kejadian 4.11 petang, mangsa Poh Seng Hiap, 55, parah dan meninggal dunia di rumahnya.



Dipercayai, kejadian berpunca akibat masalah kewangan namun siasatan lanjut masih dilakukan polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Nanda Maarof, berkata kejadian itu turut disaksikan dua anaknya sebelum menghubungi polis.

“Polis menerima panggilan daripada salah seorang anak mangsa memaklumkan bapanya ditikam di dada.

“Sebaik menerima panggilan, polis bergegas ke lokasi dan mendapati mangsa cedera di dada dan pinggang kiri,” katanya dalam kenyataan.



Nanda berkata, pasangan itu mempunyai empat anak dan pada hari kejadian, dua anak iaitu ketiga dan keempat melihat kejadian itu berlaku.

“Susulan itu, suspek berusia 55 tahun ditahan dan polis turut merampas senjata dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala suspek akan direman esok,” katanya. FMT

Ibu tikam bapa hingga mati disaksi 2 anak




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai



Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker