Padah guna laluan motosikal, pemandu Axia disaman

Padah guna laluan motosikal, pemandu Axia disaman

Pemandu kereta Perodua Axia yang melalui laluan motosikal di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Plaza Tol Ayer Panas disaman polis semalam.

Kejadian itu dirakam sebelum tular di media sosial sehingga mengundang kecaman warganet kerana membahayakan pengguna lebuh raya lain.



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Sarifudin Mohd Salleh, berkata selepas menerima video tular itu, pihaknya menjalankan usaha mengesan pemilik kenderaan.

“Pemilik kenderaan yang merupakan wanita warga tempatan berusia 49 tahun itu dikesan kira-kira 5 petang pada Sabtu setelah usaha mengesan dijalankan.

“Tindakan saman dikenakan atas kesalahan tidak ikut tanda laluan trafik, telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Beliau berkata, lorong motosikal merupakan laluan hanya dikhaskan kepada motosikal dan kenderaan seperti kereta tidak dibenarkan melaluinya.



“Tindakan sebegini sekali gus membahayakan pengguna lain dan boleh mengakibatkan kemalangan,” katanya.

Semalam, tular di media sosial video sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita melalui laluan motosikal di Lebuhraya DUKE berhampiran Plaza Tol Ayer Panas. FMT

Padah guna laluan motosikal, pemandu Axia disaman


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik



Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker