Sivarasa dakwa SPRM tahan anak saudara lepas bangkit isu saham Azam



Sivarasa dakwa SPRM tahan anak saudara lepas bangkit isu saham Azam

MP Sungai Buloh R Sivarasa mendakwa SPRM membuat tindakan balas terhadap pusat khidmatnya setelah dia membangkitkan isu pemilikan saham Azam Baki di Dewan Rakyat.

Menurut Sivarasa, pengurus pusat khidmat yang juga anak saudaranya, KR Naveen telah dipanggil SPRM pada 21 Januari lalu dan dimaklumkan dia akan didakwa atas kesalahan rasuah berhubung insiden empat tahun lalu.

“Apa yang dikatakan sebagai kesalahan rasuah ini berbangkit daripada acara pada Ogos/September 2017. Pada Ogos, saya secara terbuka membangkitkan kepada Jabatan Imigresen tentang bagaimana ahli perniagaan Bangladesh, Monomiah Siddikur Rahman secara korup mendapatkan permit untuk pekerja pembersihan dan kakitangan hotel warga Bangladesh menggunakan dokumen palsu dan meminta ketua pengarah Imigresen menyiasat dan mengambil tindakan.

“Tiba-tiba pada 21 September 2017, tiga kakitangan pusat khidmat saya iaitu Naveen, Joshua Kalaisevan dan Nico Kam ditangkap SPRM, direman empat hari dan disiasat atas dakwaan kesalahan cuba mendapatkan wang daripada Monomiah untuk tidak membawa isu itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.




Ahli parlimen PKR itu menegaskan dakwaan itu adalah palsu, berniat jahat dan tidak berasas.

“Saya mahupun kakitangan saya bukan dalam kedudukan untuk mengawal apa tindakan yang akan diambil ketua pengarah Imigresen berhubung perkara yang saya bangkitkan secara terbuka.

“Kakitangan saya juga bukan dalam kedudukan untuk memutuskan apa yang saya akan atau tidak lakukan berhubung perkara itu,” katanya lagi.

Pada masa itu, katanya, dia juga memberi keterangan kepada SPRM tetapi tiada pendakwaan dibuat.

“Saya pasti jika ada sebarang bukti kesalahan Naveen atau orang lain, SPRM akan segera membuat pendakwaan.




“Hampir empat setengah tahun berlalu sejak siasatan selesai pada September 2017, tiada tindakan diambil terhadap Naveen pada masa itu dan malah fail telah ditutup.

“Kini, sebulan selepas saya bangkitkan isu pemilikan saham Azam Baki di Parlimen pada 14 Disember lalu, tuduhan yang tiada asas tiba-tiba dibangkitkan semula oleh SPRM untuk mendakwa kakitangan saya,” kaanya lagi.

‘Dendam peribadi’

Sivarasa berkata, pendakwaan yang dijangka dibuat esok bersifat “dendam peribadi”.

“Saya mempertahankan integriti Naveen. Dia tidak bersalah di atas tuduhan palsu dan tidak logik ini. Naveen dan pasukan peguamnya akan membuktikan dirinya tidak bersalah di mahkamah.




“Tindakan balas oleh SPRM ini hanya menjejaskan lagi kewibawaannya kerana akan dilihat didorong oleh faktor peribadi dan niat tersembunyi,” katanya.

Sivarasa juga menegaskan dia tidak akan berdiam diri daripada isu pemilikan saham ketua pesuruhjaya SPRM itu.

“Jika SPRM merasakan ini akan membuatkan saya dan rakan-rakan di Parlimen tidak lagi membangkitkan perkara ini, mereka silap sama sekali.

“Saya harap perdana menteri dapat melihat yang integriti institusi penting seperti SPRM teruk terjejas dengan tindakan seumpama ini,” katanya lagi.

Menjadi perhatian




Azam menjadi perhatian berikutan isu pemilikan 1,930,000 unit saham Gets Global Berhad (sebelum ini KBES Berhad) pada 30 April 2015 – bernilai kira-kira RM772,000 pada masa itu.

Pegangannya berkurang kepada 1,029,500 unit saham setakat 31 Mac 2016 – bernilai kira-kira RM340,000 pada masa itu,

Dia juga memiliki 2,156,000 waran dalam Excel Force MSC Berhad pada Mac 2016.

Pemilikan saham itu membangkitkan persoalan sama ada ia sepadan dengan pendapatannya sebagai penjawat awam.

Dalam sidang media pada 5 Jan lalu, Azam tidak menafikan pemilikan saham itu tetapi mendakwa ia dibeli oleh adiknya. Saham-saham tersebut telah dipindahkan kepada adiknya. Mk

Sivarasa dakwa SPRM tahan anak saudara lepas bangkit isu saham Azam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA



Leave a Reply

Your email address will not be published.