PRNJohor: BN Johor mahu tanding solo tapi bergantung pada keputusan Pusat



PRNJohor: BN Johor mahu tanding solo tapi bergantung pada keputusan Pusat

Barisan Nasional (BN) Johor bercadang bertanding tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad berkata namun keputusan itu tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.

“Sebagai parti di peringkat negeri kita telah pun mencadangkan untuk bergerak secara solo iaitu BN secara bersendirian, kita akan bertanding di semua 56 kerusi.

“Tapi ia bukan kuasa kita kerana perkara kerjasama parti dalam hadapi PRN ditentukan pucuk pimpinan di peringkat pusat,” kata Menteri Besar Johor selepas merasmikan majlis penutup Taklimat Pilihan Raya MIC negeri di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Bahru hari ini.




Turut hadir Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran.

Mengenai keputusan membubarkan DUN Johor bagi mengadakan PRN yang dibuat secara unilateral tanpa melibatkan perbincangan antara parti membentuk kerajaan negeri sedia ada, Hasni berkata tiada keperluan untuk mendapatkan persetujuan parti lain.

“Perkara itu tidak berbangkit kerana ia mengikut Fasal 23 Bahagian Kedua dan Ketiga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 yang diperkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim.

“Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) negeri hanya dimaklumkan tentang hasrat ketua kerajaan untuk mencadangkan atau mengemukakan permintaan kepada raja (untuk mempertimbangkan cadangan pembubaran DUN), bukan perlu mendapat persetujuan MMK. Tidak, ia bukan begitu,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan Bersatu Johor Mohd Solihan Badri dilaporkan berkata keputusan membubarkan DUN Johor bagi mengadakan PRN, dibuat secara unilateral tanpa melibatkan perbincangan antara parti yang membentuk kerajaan negeri sedia ada, sekali gus mengetepikan Bersatu dan PAS.




Kerajaan negeri sebelum ini diterajui BN dengan 28 kerusi merangkumi UMNO (14 kerusi); MIC (dua); Bersatu (11); dan PAS (satu) manakala Pakatan Harapan dengan 27 kerusi iaitu DAP (14); PKR (tujuh); dan Amanah (enam).

Ditanya mengenai Johor menjadi medan pertama pengundi 18 tahun, Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor itu berkata pihaknya tidak akan memandang remeh kuasa mengundi golongan muda dalam PRN itu dan akan menyusun strategi bagi mendapatkan sokongan daripada golongan itu.

Beliau berkata PRN Johor akan menyaksikan lebih 150,000 pengundi berusia 18 hingga 20 tahun yang layak mengundi buat pertama kali dalam sejarah. Mk

PRNJohor: BN Johor mahu tanding solo tapi bergantung pada keputusan Pusat


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA



Leave a Reply

Your email address will not be published.