Najib saman Adam Mukhriz dan Amin Ahmad



Najib saman Adam Mukhriz dan Amin Ahmad

Najib Razak mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli parlimen Kangar, Amin Ahmad dan pembantu Dr Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz.

Najib mengumumkan perkara itu selepas dituduh menulis “selamat jalan” di media sosial ketika musuh politiknya Dr Mahathir Mohamad mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk kali ketiga pada bulan ini.

Najib berkata saman akan dikemukakan ekoran dua individu berkenaan gagal memohon maaf terhadapnya.

“Pembantu atuk (Mahathir) Adam Mukhriz ini akan disaman juga sebab ahli Parlimen PH itu beri alasan dia petik posting dia dari tweet Adam.




“Sukar untuk percaya bahawa pada masa atuk sakit, mereka masih mampu mainkan fitnah sebegini hanya sebab nak politik? Mereka tuduh saya, saya nafi.

“Lalu mereka suruh saya tunjuk activity log FB saya untuk buktikan saya tak post ‘selamat jalan?’, saya tunjukkan,” tulis Najib dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Kelmarin, Amin dan Adam memuat naik tangkap layar yang dikaitkan dengan Facebook ahli parlimen Pekan itu berhubung posting “selamat jalan”.

Posting itu dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri ketujuh yang sedang menerima rawatan di IJN.

Sementara itu, Najib berkata dia bertindak untuk menyaman dua individu berkenaan kerana mereka enggan memohon maaf meskipun bukti telah diberikan.




“Sebab itu, saya saman kedua-dua supaya peguam saya boleh tunjukkan ‘activity log original’ kepada mereka dalam mahkamah bagi memuaskan hati mereka.

“Sebarang pampasan yang diterima akan saya beri sebagai bantuan kepada rakyat,” katanya lagi.

Sementara itu, Amin dalam reaksinya Najib mengakui kesilapan itu dan telah memadam hantaran yang dimuatnaik di Facebooknya.

Amin berkata dia juga telah meninggalkan komen bahawa status berkenaan telah dimuatnaik pentdabir Facebook, kerana tidak percaya Najib akan mengeluarkan kenyataan sedemikian?

“Saya ada meninggalkan komen membayangkan status tersebut ditulis oleh ‘cytro’ yang menjaga akaun Facebook beliau kerana mustahil beliau sendiri akan tulis begitu.




“Setelah dibuktikan status tersebut tidak benar, saya akui kesilapan saya berkongsi cuplikan layar tersebut dan menurunkan cuplikan layar tersebut daripada perhatian umum.

“Saya akui ini kekhilafan saya kerana didorong rasa geram bila komen sedemikian boleh dibuat terhadap orang sakit, walaupun berbeza pandangan politik. Justeru itu saya meminta maaf atas kekhilafan tersebut,” katanya dalam hantaran di Facebook. Mk

Najib saman Adam Mukhriz dan Amin Ahmad


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a





Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA



Leave a Reply

Your email address will not be published.