Vicha akhirnya tayang suami tercinta



Vicha akhirnya tayang suami tercinta

Pelakon dan pelawak, Vicha hari ini mendedahkan wajah suaminya, dikenali sebagai Johnson di Instagram selepas lebih dua tahun berumah tangga.

Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman ketika dihubungi berkata, dia membuat ‘perjanjian’ dengan sahabat karibnya, Syura Badron untuk bersama-sama mendedahkan wajah suami mereka jika kedua-duanya sudah bersedia.

“Saya dan Syura memang rapat dan kami pernah berjanji, kalau suatu hari nanti, Syura dah dedahkan wajah Farizat (suami Syura) kepada umum, saya akan dedahkan wajah suami saya.

“Jadi, semalam, ketika bergambar bersama pasangan pengantin baru itu, suami saya pun bersetuju untuk saya muat naik gambarnya ke Instagram pada hari ini,” katanya kepada Harian Metro.




Menurut Vicha, Johnson yang dipanggil ‘Daddy’ oleh rakan-rakannya adalah seorang yang pemalu untuk bergambar di hadapan kamera dan mereka jarang sekali bergambar bersama.

“Sepanjang tujuh tahun kami berkenalan sehinggalah sudah berumah tangga, boleh dikira dengan jari sahaja berapa keping gambar yang diambil. Dia memang jenis pemalu untuk bergambar.

“Tapi, disebabkan saya bekerja di dalam industri hiburan, mahu atau tidak, dia perlu membiasakan dirinya. Gambar yang saya muat naik ke Instagram itu pun, dia yang pilih,” katanya.

Sejak berita perkahwinannya tular, setiap hari Vicha menerima kiriman mesej daripada netizen yang meluahkan hasrat untuk melihat wajah suaminya.

“Hari-hari ada yang DM (mesej) dan beritahu, nak tengok suami saya. Saya beritahu mereka, Insya-Allah, nanti saya akan kongsikan. Jadi, hari ini saya dah tunaikan permintaan mereka,” katanya.




Hasil perkahwinan Vicha dan Johnson, mereka dikurniakan anak lelaki, Michael Trevo Ayomide yang kini berusia dua tahun.

Terbaharu, Vicha baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk drama terbitan Zeel Production. HM

Vicha akhirnya tayang suami tercinta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a





Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA



Leave a Reply

Your email address will not be published.