Pemergian Arwah Siti Sarah Dapat Liputan Antarabangsa Hingga Netizen Luar Negara Turut Simpati

Pemergian Arwah Siti Sarah Dapat Liputan Antarabangsa Hingga Netizen Luar Negara Turut Simpati

BERITA pemergian Allahyarham Siti Sarah yang menyentuh hati ramai rakyat Malaysia turut mendapat liputan agensi berita terkenal luar negara.

Portal media terkenal dunia di United Kingdom iaitu BBC News melaporkan berita duka itu petang Selasa dengan tajuk ‘Malaysian singer dies of Covid, day after giving birth’ (Penyanyi Malaysia meninggal dunia akibat Covid selepas melahirkan anak’.



Rata-rata netizen luar negara tersentuh dengan pengorbanan arwah sebagai ibu

Mereka mengucapkan takziah dan menganggap ia sebagai satu berita yang memilukan akibat virus Covid-19 yang sedang menyerang dunia.

“Sangat menyedihkan dia tidak dapat melihat bagaimana comelnya anak yang dilahirkan. Begitu juga anak itu tidak dapat peluang merasakan pelukan seorang ibu.



“Tragik… tapi ibu mengorbankan hidupnya supaya bayinya boleh hidup. Inilah kasih sayang ibu… semoga anda tenang di sana.

“Ini sangat menyedihkan, anak tidak dapat mengenali ibunya. Takziah buat keluarga dan kawan-kawannya yang sedang berdepan kesedihan,” tulis beberapa netizen

Selain BBC, berita duka itu juga dilaporkan News portal CNA Lifestyle Asia dan Liputan.6 dari negara jiran Indonesia pada Isnin.



Terdahulu, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19

Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu iaitu hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang.



Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM-mSTAR

Pemergian Arwah Siti Sarah Dapat Liputan Antarabangsa Hingga Netizen Luar Negara Turut Simpati


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


MCA Mungkin Lupa, UMNO Tidak Lupa – Najib

Amboi Mona Allen! Baik Punya….



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker