Wanita maut depan bank positif COVID-19

Wanita maut depan bank positif COVID-19

SUNGAI PETANI: Wanita warga emas yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan tertiarap berhampiran pintu masuk sebuah bank di Lagenda Height, semalam, disahkan positif COVID-19.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata keputusan itu diketahui selepas ujian saringan sebelum bedah siasat dilakukan terhadap mayat mangsa hari ini.

Menurutnya, dalam kejadian jam 8 pagi semalam, wanita berusia 63 tahun itu pada mulanya dilihat kakitangan bank duduk di hadapan pintu masuk dalam keadaan tidak bermaya sebelum jatuh tertiarap dan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pekerja bank yang memaklumkan kejadian itu dan pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau mencurigakan pada tubuh wanita terbabit.

“Seorang kakitangan bank mendakwa mangsa kerap berada di kaki lima premis berkenaan dan akan tiba seawal jam 9 pagi setiap hari untuk meminta sedekah,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, lokasi kejadian sudah disanitasi dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAS), di sini untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. BH

Wanita maut depan bank positif COVID-19

Ada ramai calon ganti MP ingkar arahan MT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker