Setiap kali bergerak, saya akan dihentak, ditendang tentera Israel

Setiap kali bergerak, saya akan dihentak, ditendang tentera Israel

DEIR AL-BALAH: Lelaki Palestin yang dirawat di hospital Gaza kerana lebam teruk di muka, luka di jari selain pelbagai kecederaan berkata tentera Israel memukulnya dengan batu dan kerusi selepas menceroboh masuk ke rumahnya pada Selasa lalu.

Kenyataan Ramadan Shamlakh, 22, yang tidak dapat disahkan oleh Reuters daripada sumber lain, adalah yang terbaru dalam siri dakwaan penganiayaan terhadap rakyat Palestin oleh tentera Israel sejak permulaan perang mereka terhadap Hamas.



Sebaliknya, tentera Israel berkata pihaknya melayan tahanan mengikut undang-undang antarabangsa.

Ia dirakamkan oleh seorang wartawan video bebas untuk Reuters yang bertempat di hospital Shuhada Al-Aqsa di Deir al-Balah, tengah Gaza, selama dua hari sejak sejak Selasa lalu dengan Shamlakh dilihat mempunyai pembalut berlumuran darah di kepala dan satu lagi di lengan kirinya.

Mukanya bengkak dan berdarah dan juga dilihat dia tidak dapat membuka mata kanannya. Dia berjalan dengan bantuan tongkat dan mempunyai beberapa siri luka di belakang jari tangan kanannya, yang dikata dicederakan dengan pisau.

“Dia membaringkan saya di atas tanah dan mengarahkan saya tidak bergerak. Dia mengambil batu, kerusi patah daripada balkoni rumah dan membalingnya ke kaki saya.



“Setiap kali saya bergerak, saya akan dihentak dengan but dengan dia menendang seluruh tubuh. Saya tidak boleh bernafas, saya tidak boleh bercakap,” katanya yang menceritakan perlakuan salah seorang askar.

Sambil itu katanya, askar itu juga bertindak menghempaskan dua kerusi ke atas badannya.

Reuters memberikan nama Shamlakh, nama kawasan tempat tinggalnya dan tarikh yang didakwa dipukul kepada jurucakap tentera Israel, namun tentera itu mengatakan pihaknya tidak menyedari kejadian itu.

Sebaliknya jurucakap terbabit meminta koordinat lengkap, data yang tidak dimiliki Reuters.



Tentera berkata, pihaknya menahan dan menyoal orang yang disyaki terbabit dengan Hamas tanpa mendedahkan perincian, sebagai sebahagian daripada operasinya di Gaza.

Katanya, mereka yang didapati tidak terbabit dengan Hamas atau pertempuran dibebaskan.

Dalam pada itu, Shamlakh berkata tentera beroperasi dengan kereta kebal di kawasan tempat tinggalnya, Zeitoun di Gaza City, semalaman sejak Isnin lagi.

Sekitar jam 6.30 pagi Selasa mereka memusnahkan tembok serta beberapa jam berikutnya mereka mula memasuki rumah dan menyoal siasatnya.



“Mereka bertanya kepada saya ‘di mana Hamas?’ Saya menjawab ‘Saya tidak tahu’. ‘Di mana terowong? Di mana simpanan senjata?’ Saya memberitahu, ‘Saya orang awam, saya orang awam’,” katanya.

Sementara itu, Dr Anas Al-Kurd memaklumkan Shamlakh mengalami kecederaan di seluruh badan dan Hospital Al-Aqsa Martyrs tidak mempunyai semua kelengkapan rawatan yang diperlukan untuk merawatnya dengan sebaiknya.

“Dia sepatutnya dipindahkan ke Hospital Eropah supaya kecederaannya dapat dilihat oleh pakar mata, tetapi pasukan tentera menguasai laluan Al Rashid dan menyekatnya.

“Jadi pesakit muda ini kekal bersama kami, menderita kesakitan dan apa yang diberikan ubat penahan sakit,” katanya.



Reuters dan media lain sebelum ini melaporkan insiden lain di mana orang yang ditahan oleh tentera Israel di Gaza mendakwa mereka dipukul dan diberikan layanan buruk.

Laporan Reuters termasuk seorang wanita yang mengatakan dia dipenjarakan selama berminggu-minggu, dihina dan dianiaya; seorang doktor yang mengatakan dia dikurung, ditutup mata dan tidak dapat tidur semasa penahanan selama 45 dan tiga beradik lelaki lain mengatakan berkata mereka dan tahanan lain dipukul, dilucutkan seluar dalam dan dicucuh dengan rokok.

Tentera Israel tidak mengulas mengenai perincian mana-mana dakwaan itu, tetapi berkata mereka mematuhi protokol untuk melayani tahanan dengan bermaruah dan insiden di mana garis panduan tidak dipatuhi akan diteliti.

Ia sebelum ini menafikan pihaknya menyasarkan atau mendera orang awam.



Serangan Israel yang sudah membunuh 29,400 orang sejak 7 Oktober menyebabkan kebanyakan 2.3 juta penduduk di Gaza kehilangan tempat tinggal, mencetuskan kebuluran dan penyakit yang meluas dan memusnahkan sebahagian besar wilayah itu. BH

Setiap kali bergerak, saya akan dihentak, ditendang tentera Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker