Din Katak maut kemalangan

Din Katak maut kemalangan

SEREMBAN: Lelaki yang pernah mencuri tumpuan penduduk di daerah ini dengan baju Jalur Gemilang dan hiasan motosikalnya, Jamaluddin Malek, 72, maut dalam kemalangan, berhampiran Balai Polis Paroi, Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini.

Dalam kira-kira jam 3 petang semalam itu membabitkan Jamaluddin yang menunggang motosikal serta dua kereta.



Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Hatta Che Din berkata, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Preve yang dipandu seorang lelaki berumur 32 tahun dari arah Seremban menuju ke Kuala Pilah yang berada di lorong kanan tiba-tiba menghimpit ke kiri.

“Kemudian Proton Preve itu melanggar bahagian pintu pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun di lorong tengah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, Perodua Myvi dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke kiri sebelum melanggar motosikal Modenas Kriss yang ditunggang mangsa di lorong kiri.



“Penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Fadzilah di talian 0162895801 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Media sebelum ini pernah menyiarkan kisah lelaki yang lebih dikenali sebagai Din Katak mengekspresikan semangat patriotisme terhadap negara setiap kali menjelang bulan kemerdekaan.



Sejak 15 tahun lalu, Jamaluddin dengan semangat kecintaannya kepada negara akan menghias motosikalnya dengan Jalur Gemilang dan menempah baju Melayu khas berkonsepkan bendera Malaysia itu. BH

Din Katak maut kemalangan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks



Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker