Mahathir berisiko ditahan jika tak sertai RCI Batu Puteh bila dipanggil

Mahathir berisiko ditahan jika tak sertai RCI Batu Puteh bila dipanggil

Seorang peguam berkata Dr Mahathir Mohamad berisiko diberi waran tangkap sekiranya beliau tidak endah apabila dipanggil untuk menghadap suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi meneliti isu berkaitan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

SN Nair berkata, Seksyen 8 Akta Suruhanjaya Siasatan menetapkan pesuruhjaya mempunyai kuasa untuk memanggil sesiapapun bagi memberi keterangan atau menyerahkan dokumen dalam milikan mereka.



“Mereka boleh mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa kehadiran mana-mana individu,” katanya kepada FMT.

Peguam itu, yang pernah mewakili saksi dalam dua RCI sebelum ini, percaya bekas perdana menteri itu akan menjadi saksi penting dalam sebarang siasatan berkenaan isu itu.

Beliau mengulas kenyataan oleh peguam Mahathir, Rafique Rashid Ali, minggu lepas bahawa Mahathir mungkin tidak akan menyertai prosiding RCI itu, selagi ia dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Raus Sharif.

Rafique mendakwa pelantikan Raus sebagai pengerusi RCI itu bertentangan dengan prinsip keadilan asasi memandangkan beliau pihak yang berkepentingan.



Menurutnya, Mahathir pada 2017 memfailkan permohonan semakan bagi mencabar keabsahan pelantikan Raus sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan melepasi usia persaraan ditetapkan dalam Perlembagaan.

Mahathir menjadi perdana menteri untuk kali kedua pada 10 Mei 2018, selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum, dan kemudian meletak jawatan pada Februari 2020.

Rafique berkata, Raus menemui Mahathir pada 15 Mei 2018 untuk menyuarakan hasrat meletak jawatan sebagai ketua hakim. Raus kemudian mengutus surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun 2018, yang diperkenan empat hari kemudian.

Rafique berkata umum mengetahui RCI dibentuk bagi menyiasat keputusan pentadbiran Mahathir pada 31 Mei 2018 untuk menarik balik dua permohonan memohon Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyemak keputusannya 10 tahun lalu.



Sementara itu, peguam A Srimurugan berkata beliau percaya Mahathir akan dipanggil memberi keterangan walaupun kerajaan belum mendedahkan terma rujukan khusus RCI berkenaan.

“Mahathir dan Jemaah Menterinya memutuskan pada 2018 untuk menarik balik permohonan untuk menterbalikkan keputusan ICJ menganugerahkan kuasa undang-undang ke atas Batu Puteh kepada Singapura,” katanya.

Dalam pembelaannya terhadap saman sivil difailkan Hatta Sanuri berhubung penarikan balik itu, Putrajaya berkata ia membuat keputusan berbuat demikian selepas mengambil kira pandangan perunding undang-undang asing berhubung perkara berkenaan. FMT

Mahathir berisiko ditahan jika tak sertai RCI Batu Puteh bila dipanggil



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal



Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’



Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker