Masalah Hadi-Muhyiddin masih tak selesai walau jumpa 2 kali

Masalah Hadi-Muhyiddin masih tak selesai walau jumpa 2 kali

Pertemuan Presiden PAS Hadi Awang dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, minggu lalu didakwa gagal menyelesaikan masalah berbangkit menyebabkan hubungan mereka “dingin”, kata sumber FMT.

Sumber rapat dengan perkara itu mendakwa pertemuan empat mata di kediaman Muhyiddin pada 14 Feb disusuli mesyuarat Perikatan Nasional (PN) pada keesokannya hanya sekadar optik.



Mereka bertemu dua minggu selepas FMT memetik sumber melaporkan hubungan Hadi dan Muhyiddin didakwa dingin sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kelangsungan PN digagaskan dua parti itu.

“Tetapi hakikat masalah belum selesai,” katanya kepada FMT sambil mendedahkan ada pemimpin Bersatu yang ‘beria-ia’ dengan pertemuan dua tokoh PN berkenaan.

Sumber turut menambah kejanggalan hubungan Hadi dan Muhyiddin itu tidak terlalu “menyerlah” di mata masyarakat sehingga boleh menjejaskan sokongan terhadap komponen berkenaan, setakat ini.

“Bagi pengundi pergeseran dalaman antara Bersatu dan PAS bukan satu perkara menyebabkan sokongan terhadap PN terjejas setakat ini.



“Ini kerana ada faktor penolakan lebih kuat iaitu masalah Umno dan DAP mendorong pengundi Melayu masih menolak kerajaan perpaduan,” dakwanya.

Memetik sumber, FMT melaporkan hubungan dingin Hadi dan Muhyiddin antara lain berkait kegagalan PAS menampilkan Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon perdana menteri, selepas Muhyiddin tidak meneruskan hasrat berundur pada pemilihan parti tahun ini.

Menurutnya, pusingan U Muhyiddin dilihat sebagai tekad Ahli Parlimen Pagoh itu untuk kekal menerajui PN dan seterusnya dilantik perdana menteri kali kedua jika gabungan itu memenangi PRU16.

Katanya lagi, Muhyiddin dan Hadi lama tidak kelihatan bersama di mana-mana majlis selepas perasmian muktamar PAS pada Oktober lalu, manakala sumber lain memaklumkan Hadi “sudah lama” tidak lagi hadir ke mesyuarat pimpinan PN.



Marzuki Mohamad, bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin menepis dakwaan itu, sambil menegaskan pengerusi PN itu yang menguar-uarkan potensi Samsuri sebagai perdana menteri pada masa depan, semasa kempen PRK Parlimen Kemaman tahun lepas.

Menurutnya, Hadi tidak hadir ke mesyuarat PN selepas muktamar PAS kerana sedang menjalani RAWATAN. FMT

Masalah Hadi-Muhyiddin masih tak selesai walau jumpa 2 kali

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks



Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker