Harta Mokhzani terlalu banyak, lanjutan masa wajar diberikan – Azam

Harta Mokhzani terlalu banyak, lanjutan masa wajar diberikan – Azam

Lanjutan tempoh 30 hari bagi ahli perniagaan Tan Sri Mohkzani Mahathir dan Mirzan Mahathir untuk mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibenarkan atas dasar kewajaran.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kedua-dua anak Tun Mahathir turut juga didapati mempunyai harta yang banyak selain perlu meneliti dengan tepat setiap harta yang perlu diisytihar.



“Mokhzani ada memohon tambahan masa sebelum ini dan SPRM telah melanjutkannya selama 30 hari lagi.

“Tempoh masa yang diberikan itu adalah wajar, berdasarkan penerangan pegawai penyiasat yang menjalankan siasatan.

“Ini kerana harta-harta yang terlibat untuk disiasat adalah banyak dan perlu lebih details (terperinci) untuk mendapatkan dokumen atau akaun berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali-10 di Dewan Tun Hussien Onn, di sini, hari ini.



Tambah Azam, dua anak bekas Perdana Menteri kerjasama baik diberikan oleh Mokhzani dan abangnya, Mirzan kepada pihak SPRM sepanjang siasatan dijalankan.

Ditanya adakah tempoh lanjutan pengisytiharan harta boleh dipohon lagi selepas ini, beliau berkata, permohonan seterusnya boleh dipohon oleh kedua-duanya.

Namun begitu kata beliau, perkara itu perlu disemak dan dikaji terlebih dahulu oleh pegawai penyiasat. K Online

Harta Mokhzani terlalu banyak, lanjutan masa wajar diberikan – Azam



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal



Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’



Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker