‘Ibu ayam’ paksa budak 11 tahun melacur ditahan

‘Ibu ayam’ paksa budak 11 tahun melacur ditahan

Polis menahan tiga individu, termasuk seorang ibu ayam dan menyelamatkan seorang wanita serta kanak-kanak perempuan 11 tahun disyaki dieksploitasi sebagai pekerja seks.

Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, tiga wanita yang ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Banting kira-kira 3 petang semalam itu terdiri daripada seorang warga tempatan berperanan sebagai “ibu ayam” dan dua warga Indonesia disyaki pelacur.



“Polis kemudian berjaya menyelamatkan seorang wanita tempatan berusia 25 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun disyaki dipaksa melacur.

“Polis turut menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun serta bayi lelaki 11 bulan,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai anak kepada wanita 25 tahun terbabit, manakala dua lagi kanak-kanak masih dalam siasatan status mereka.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati lot kedai itu diubah suai kepada empat bilik menggunakan langsir bagi aktiviti pelacuran dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. FMT



‘Ibu ayam’ paksa budak 11 tahun melacur ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal



Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’



Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker