Jangan kait prestasi ringgit dengan krisis 1998 – Anwar

Jangan kait prestasi ringgit dengan krisis 1998 – Anwar

Kejatuhan nilai ringgit tidak boleh disamakan dengan situasi krisis kewangan Asia pada 1998 kerana negara ketika ini mempunyai asas ekonomi yang lebih stabil, kata Perdana Menteri.

Ringgit merudum kepada lebih 4% setakat ini pada 2024, meneruskan kejatuhan sejak tiga tahun lalu. Matawang itu dibuka pada 4.7745/4.7800 berbanding dolar AS hari ini berbanding semalam yang ditutup pada 4.7710/4.7800.

Pada Selasa lalu, ringgit jatuh kepada 4.7965 berbanding dolar AS, tahan paling rendah sejak 4.8850 susulan kejatuhan daripada krisis kewangan serantau.

Bercakap kepada wartawan selepas merasmikan Hab Kewangan Antarabangsa Malaysia Tun Razak Exchange, Anwar yang juga menteri kewangan berkata, kejatuhan ringgit pada 1998 diikuti dengan peningkatan inflasi dan kadar pengangguran yang tinggi.

Anwar yang juga menteri kewangan ketika itu berkata, pada 1998 negara juga sukar untuk menarik pelaburan asing, berbeza dengan keyakinan pelaburan ketika ini.

“Ya, (kejatuhan ringgit) adalah membimbangkan, tetapi kita sentiasa memantaunya dan bernasib baik (ringgit) mengukuh sedikit. Kita kena lihat secara keseluruhan (prestasi ekonomi).

“Kita mencatatkan pelaburan baru terbesar dalam sejarah, inflasi turun, pengangguran turun dan pertumbuhan (ekonomi) kekal berbanding negara jiran lain,” katanya.

Semalam, Anwar berkata Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM329.5 bilion pada 2023, meningkat 23.0% daripada 2022.

Katanya, inflasi negara kekal pada 1.5% pada Disember tahun lalu, manakala kadar pengangguran pada suku keempat 2023 adalah 3.3%.

Ekonomi negara juga mencatatkan pertumbuhan 3.7% pada 2023 turun daripada 8.7% pada 2022.

Pada Selasa lalu, Gabenor Bank Negara Malaysia Abdul Rasheed Ghaffour berkata prestasi ringgit pada masa ini tidak mencerminkan “prospek positif” ekonomi Malaysia di masa akan datang.

Beliau berpandangan penurunan ringgit baru-baru ini sama seperti mata wang serantau lain yang telah dipengaruhi “faktor luaran”.

Menurutnya, antara faktor terbabit termasuk pelarasan pasaran kepada jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat yang berubah-ubah, kebimbangan geopolitik dan ketidakpastian berkaitan dengan prospek ekonomi China.

“BNM berpandangan bahawa paras ringgit baru-baru ini tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan. FMT

Jangan kait prestasi ringgit dengan krisis 1998 – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker