Sultan Selangor titah Hadi tak beradab

Sultan bertitah artikel ditulis presiden PAS itu sinis dan amat tidak bersesuaian dengan budaya orang Melayu.

Sultan Selangor titah Hadi tak beradab

Sultan Selangor dukacita dengan kenyataan Presiden PAS Hadi Awang dalam artikel berjudul ‘Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan’, sambil baginda menyifatkan Ahli Parlimen Marang itu sebagai tidak beradab.

Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam surat diutuskan kepada Hadi, baginda menegur kenyataan sinis Hadi secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan baginda dengan sikap Raja-Raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat.



Kena raba setiap 2 minit di Kuala Lumpur, dakwa wanita Amerika

“Mengaitkan titah ucapan baginda dengan sikap Raja-Raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata adalah satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu,” katanya menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook.

Baginda bertitah, kenyataan Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya di kalangan orang Melayu. FMT



BERITA LANJUT MENYUSUL

Sultan Selangor titah Hadi tak beradab

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar



Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker