Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

RIYADH –  Seorang lelaki Arab Saudi mendapat perhatian orang ramai kerana memiliki rupa paras mirip ikon bola sepak dari Portugal, Cristiano Ronaldo, lapor portal berita Gulf News semalam.

Muncul dengan memakai jersi nombor 7 seperti dipakai Ronaldo semasa bermain untuk Kelab Al Nassr FC di  Riyadh, lelaki itu dilihat mempunyai gaya rambut menyerupai  legenda Portugis tersebut.

Penampilannya menarik perhatian orang ramai. Mereka tidak melepaskan peluang  untuk bergambar bersamanya.

Tiada komen daripada Ronaldo yang sebenar dan turut dikenali sebagai CR7 berhubung video tular tersebut.

Johan gosok baju saya – Ozlynn

Pada Januari 2023, dia menyertai kelab Al Nassr FC di bawah perjanjian selama dua setengah tahun.

Sejak menjejakkan kaki ke Arab Saudi, pemain itu  memukau peminat dengan kemahirannya bermain bola sepak dan menjaringkan gol.

Pada November tahun lalu, sebuah muzium yang mempamerkan kerjaya legenda berusia 38 tahun itu dibuka di Riyadh. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Selangor titah Hadi tak beradab

Hukum melakukan seks dengan patung (robot)

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Agong telah ‘crossed the line’ – Hassan Karim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker