Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Bekas bintang Arsenal, Lukas Podolski kini bernilai £177.5 juta (RM1.07 bilion) selepas membina empayar perniagaannya sendiri.

Penyerang berusia 38 tahun itu meledak 31 gol dalam 82 penampilan bersama The Gunners selepas tiba dari Cologne pada 2012.



Dia kini beraksi dengan Gornik Zabrze dalam liga utama Poland selepas penampilan di kelab Turkiye, Galatasaray dan kelab Jepun, Vissel Kobe.

Namun kini Podolski lebih menikmati kejayaan di luar padang.

Dia membina portfolio perniagaan termasuk rantaian kedai kebab dan jenama ais krim di negara kelahirannya Jerman.

Podolski memberitahu majalah Jerman, 11 Freunde: “Pemain lain menuju ke padang golf selepas latihan dan melepak di situ sepanjang hari. Saya menjual ais krim, kebab dan baju, bergembira dan setiap orang boleh membawa sesuatu untuk dibawa pulang.



“Saya menyokong projek ini 100 peratus dan akan membantu sebaik mungkin. Saya mahu meneruskan projek ini.”

Jadi secara dasarnya pemain dengan 130 caps bersama Jerman dan memenangi pingat juara Piala Dunia lebih gembira menghidangkan kebab kepada rakan sepasukannya.

Podolski melancarkan jenama Ice Cream United pada 2017, dua tahun selepas meninggalkan Arsenal.

Perniagaan itu diasaskan di wilayah Belgium, Cologne, kelab profesional pertama Podolski.



Setahun kemudian, kedai kebab Mangal Doner pertamanya dibuka di bandar itu dan kini mempunyai 30 cawangan di seluruh Jerman. BH

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar



Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker